Special Projects

Monday, July 30, 2012

Lawatan ke Accounting Research Institute (ARI)


29 JULAI 2012 : 9 RAMADAN 1433H
================================
 "UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
           (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)




Projek Kritikal Agenda (CAP) Pusat Kecemerlangan (CoE), UUM bersama ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan kerja dan jaringan ke salah sebuah Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (HICoE) bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi, iaitu Accounting Research Institute ARI di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor pada 26 Julai 2012 lalu. Lawatan yang disambut baik oleh Pengarah ARI, Prof. Dr Normah Hj Omar telah memberi peluang 14 staf di empat (4) buah Pusat Kecemerlangan (CoE) seperti ITU-UUM, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Pusat Penyelidikan Koridor Utara (NCRC) dan Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan (IMBRe) untuk mempelajari, berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang tadbir urus sebuah pusat kecemerlangan yang mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pengajian Tinggi sejak November 2009.



Falsafah ‘Not me and I Institute’ yang seringkali ditegaskan oleh Prof Dr Normah dalam sesi perkongsian pengalamannya, telah mendedahkan kejayaan ARI yang mulanya hanya sebuah unit yang kecil di bawah fakulti telah berkembang menjadi salah sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang sains sosial yang terunggul di Malaysia. Sebagai institusi penyelidikan, ARI bertanggungjawab untuk menyelaras dan menguruskan aktiviti lapan pusat penyelidikan multi-disiplin dibawahnya. Pengurusan yang cekap dan sokongan padu oleh penyelidik-penyelidik yang aktif merupakan faktor utama menjadikan ARI diiktiraf menjadi HICoE. Mengakhiri sesi tersebut, Prof Normah turut mencadangkan beberapa strategi yang dapat membantu CoE di UUM dalam mencapai HICoE bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi. Beliau juga berkesempatan berkongsi  perkataan ‘the view from the top is very nice’ yang dipetik dari seorang pendaki Gunung Everest yang masih ingin meneruskan pendakian untuk menawan puncak gunung walaupun terdapat pelbagai rintangan. Ini dapat digambarkan dengan kejayaan ARI pada masa kini.Sebelum itu, Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr Wan Rozaini Sheik Osman juga turut memperkenalkan peranan ITU-UUM dan CoE lain di UUM.

Dalam lawatan tersebut, warga UUM juga turut dibawa melihat kemudahan-kemudahan sedia ada di pusat tersebut seperti ruang pejabat, pusat sumber (perpustakaan mini), bilik mesyuarat dan makmal sains forensik yang mana kemudahan-kemudahan ini diambil kira dalam penilaian untuk menjadi HICoE.

Berita kunjungan UUM juga boleh didapati di blog ARI http://accounting-research-institute.blogspot.com/

Habis.


RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget