Special Projects

Showing posts with label GICT Day. Show all posts
Showing posts with label GICT Day. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Berita - Girls In ICT Day 2014

10 MEI 2014 / 10 REJAB 1435H
=========================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh :ITU-UUM

Gambar oleh: ITU-UUM


GIRLS IN ICT DAY BERI PENDEDAHAN DUNIA ICT



UUM ONLINE : 24 April - Bertepatan dengan sambutan Girls In ICT Day yang disambut di seluruh dunia pada mingu ke-empat hari Khamis bulan April, International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development turut tidak ketinggalan menganjurkan program itu bersama pelajar perempuan dari sekolah terpilih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh, Balik Pulau di Pulau Pinang pada 24 April 2014 yang lepas.

Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz berkata, penganjuran program antarabangsa itu merupakan program tahunan ITU-UUM yang hanya membabitkan pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah.

“Bertemakan ‘Expand Horizons, Change Attitudes’, seramai 261 pelajar daripada dua buah sekolah di kawasan Balik Pulau terpilih menyertai program ini iaitu SMK Pondok Upeh dan SMK Seri Balik Pulau.

“Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan memberi pendedahan tentang kepentingan bidang ICT kepada pelajar khususnya remaja perempuan, selain menggalakkan mereka menceburkan diri dalam kerjaya berkaitan bidang ICT kelak,” ujarnya.

Program itu telah mendapat kerjasama daripada Parlimen Balik Pulau, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) Wilayah Utara, Malaysia  Development Corporation (MDec) dan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Cawangan Sungai Limau, Yan, Kedah.

Dalam program itu, pelajar-pelajar juga mendengar ceramah bertajuk ‘Augmented Reality’ yang telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan, Pusat Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM, Dr Sobihatun Nur Abdul Salam dan ceramah mengenai ‘Kerjaya ICT & Wanita’ yang disampaikan oleh Prof Dr Zulikha Jamaludin, Profesor di Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM.

Selain itu, pihak MDeC juga telah berkongsi ilmu dan pengalaman dalam penggunaan ICT sebagai medium untuk menjana pendapatan keluarga. Malah, pihak SKMM dan PI1M tidak ketinggalan menyampaikan ceramah dalam slot ‘Klik Dengan Bijak’ dan kuiz ICT yang berjaya menarik minat mereka untuk mendalami bidang ICT.

Penglibatan aktif para pelajar dalam program ini telah memberi respon yang positif melalui komen yang  diterima antaranya “ program ini telah dapat membuka minda saya dalam menilai kebaikan dan keburukan pengunaan ICT”  .

Dr Azizi berkata, program itu juga merupakan salah satu platform yang dapat membantu mempromosikan ITU-UUM, sekaligus membawa nama UUM dalam setiap program yang dijalankan dan berharap pelaksanaan program Girls in ICT Day dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dalam memilih ICT sebagai salah satu bidang pilihan kerjaya mereka.


===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3052/3061
FAKS: 04-928 3053

Teruskan membaca!

Sunday, April 27, 2014

Girls In ICT Day 2014 - Malaysia

24 April 2014
Program Girls In ICT Day 2014 - Malaysia
Balik Pulau, Pulau Pinang
Dengan kerjasama Parlimen Balik Pulau
Disokong oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) dan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)







Teruskan membaca!

Tuesday, April 15, 2014

Akan Datang: Girls In ICT Day 2014!



Sambutan GIRLS IN ICT DAY diadakan secara serentak di seluruh dunia pada setiap hari Khamis, minggu ke-empat (4) pada bulan April sebagai  inisiatif yang disokong oleh negara-negara ahli Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam Resolusi Mutlak 70 (Guadalajara, 2010) untuk mewujudkan persekitaran global yang memperkasa dan menggalakkan wanita dan remaja perempuan untuk mempertimbangkan kerjaya dalam bidang ICT yang semakin meningkat.
Di Malaysia, penganjuran program antarabangsa ini diwakili oleh pihak ITU-UUM dan merupakan program tahunan ITU-UUM yang hanya melibatkan pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah. Antara aktiviti yang akan diadakan melalui program ini adalah sesi forum dan perbincangan, sesi temu bual,  dan kuiz melibatkan ICT.
Antara objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan memberi pendedahan tentang kepentingan bidang ICT bagi golongan wanita dan remaja perempuan serta menggalakkan  golongan wanita dan remaja perempuan bergiat aktif dalam bidang ICT. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar perempuan mengenai  peluang kerjaya dalam  bidang ICT yang boleh mereka ceburi.
Penganjuran program Girls in ICT Day pada tahun ini bertemakan Expand Horizons, Change Attitudes’  akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang .  Peserta program ini adalah seramai 250 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar perempuan  yang berumur 15 - 17 tahun  dari dua buah sekolah di Balik Pulau  iaitu   Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh seramai 200 orang pelajar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau seramai 50 orang pelajar. Penglibatan  pelajar-pelajar ini diharap dapat memberi impak yang positif serta berjaya menarik minat mereka untuk menceburi bidang ICT di masa hadapan.




Teruskan membaca!

Saturday, April 12, 2014

Mesyuarat Pelaksanaan GICT Day Balik Pulau

11 April 2014
Mesyuarat Pelaksanaan Program Girls In ICT Day 2014
Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian Balik Pulau
Bersama Tn Ismail Kasssim, Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan cikgu-cikgu daripada SMK Pondok Upeh dan SMK Seri Balik Pulau






Teruskan membaca!

Sunday, April 28, 2013

ICT Penggerak Kemajuan Wanita

28 APRIL 2013 / 17 JAMADILAKHIR 1434H
==================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nurul Hanis Abd Halim
Gambar Oleh: Abdul Halim Husain

ICT PENGGERAK KEMAJUAN WANITA




UUM ONLINEMenyedari pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini, Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik Dalam Pembangunan ICT Luar Bandar,International Telecommunication Union Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengadakan Girls In ICT Day di Dewan Seminar, Pusat Pengajian Perkomputeran (SoC) baru-baru ini.

Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Dasar dan Khidmat Pengurusan Sektor Komunikasi (KPKK), Mohamad Akhbar Mahbat berkata penggunaan ICT adalah sangat penting dalam dunia pekerjaan hari ini selain faktor ekonomi yang menjadi asas utama dalam pembangunan negara membangun.

“Tidak dinafikan ICT adalah penggerak kemajuan wanita dengan kemudahan internet  yang memberi peluang dan kemudahan kepada mereka mempelopori bidang ICT setanding dengan golongan lelaki dalam mengaplikasikan kemudahan yang ada melalui perniagaan online walaupun beroperasi di rumah,” ujarnya ketika merasmikan program Girls ICT Day di Dewan Seminar SoC UUM.

Dalam pada itu, hasrat penganjur turut disambut baik oleh seorang penyanyi yang sedang meningkat naik hasil perkembangan ICT, Ainan Tasneem.

“ ICT banyak mengubah kehidupan saya kerana pada mulanya saya menyanyi untuk suka-suka dan tanpa pengetahuan, kawan saya memuat naik video rakaman peribadi di youtube selepas itu syarikat rakaman mula menghubungi saya untuk menjadi artis rakaman,” ujarnya semasa membuat persembahan di  Girls ICT Day.

Maizatul Jannah Shahalan,17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Johor Bahru berkata rata-rata wanita pada hari ini mempunyai tahap pendidikan yang baik dan perkembangan dunia ICT membolehkan wanita berdiri sama tinggi dengan lelaki.

“Dari kecil saya memang minat ICT jadi saya tidak akan melepaskan peluang apabila ada program melibatkan ICT di sekolah,” katanya.

Tambahnya lagi, tunjuk ajar cikgu di sekolah dan montaj kejayaan wanita dalam bidang yang mencabar ini menambah minatnya untuk mempelajari ICT.

Turut hadir wakil Asia Pasific Institute for Broadcasting Development (AIBD), Rabi K C, Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik Osman, Pegawai-pegawai daripada Unit Pengurusan Maklumat Pejabat Setiausaha Kuala Terengganu, guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru.

Sementara itu, di antara ikon lain yang berjaya menempa nama dalam bidang ICT ialah Hafizah Ahsin graduan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian, UUM yang kini memegang jawatan sebagai Senior Project Manager di Avaya.



Teruskan membaca!

Thursday, March 14, 2013

Girl in ICT Day is Ready..!




Poster


Brosur



Teruskan membaca!

Thursday, January 31, 2013

ITU-UUM Akan Menganjurkan Girls In ICT Day 2013




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan ITU-UUM akan menganjurkan Girls In ICT Day peringkat kebangsaan pada 25 April 2013.

Program ini menyasarkan golongan pelajar dan wanita muda untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan kerjaya dalam bidang ICT. Kami juga ingin menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai program ini sebagai peserta, penceramah, penaja dan apa-apa sahaja sumbangan yang boleh diberikan untuk menjayakannya dalam suasana yang meriah dan memberi impak kepada kumpulan sasaran.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengarah Projek Pn. Noorizuana di talian: 04.928.4977

Maklumat lanjut boleh juga layari: http://girlsinict.org/

Layari Blog Girl in ICT Day Malaysia: http://mygictday.blogspot.com/


Video Girls in ICT Day 2012 seluruh dunia. ITU-UUM juga sebahagian daripadanya.. Saksikan..:)


Teruskan membaca!

Sunday, May 6, 2012

ITU Girls ICT Day 2012

26 April 2012
Sekolah Pengajian Pengkomputeran
UUM



UUM ONLINE: Seluruh dunia menyambut "Hari ICT Wanita Sedunia" hari ini dan di Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM) dipilih sebagai tuan rumah meraikannya dengan mengadakan program ITU Girls ICT Day, anjuran Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik Dalam Pembangunan ICT Luar Bandar, International Telecommunication Union, Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM).

Program yang disambut pada setiap hari Khamis, minggu keempat di bulan April pada setiap tahun ini merupakan satu inisiatif yang disokong oleh ITU-UUM bagi menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) di kalangan remaja perempuan dan wanita dalam pendidikan dan kerjaya.

Program sehari ini melibatkan aktiviti seperti ceramah kesedaran ICT oleh Pengurus Program Kejuruteraan Penyiaran Asia Pacific Institute for Broadcasting Development (AIBD), James L. Sinclair;  ceramah Pembangunan Kemahiran Insaniah oleh Pengurus Pusat Internet Desa Balik Pulau, Pulau Pinang, Huraizah Abdul Rahman; ceramah Kerjaya Dalam ICT oleh Pensyarah UUM, Dr Azizah Ahmad; kuiz ICT dan pertandingan video kreatif.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Che Azemi Haron ketika merasmikan program ITU Girls ICT Day di Dewan Seminar Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM, berkata penggunaan ICT adalah sangat penting dalam dunia pekerjaan hari ini selain faktor ekonomi yang menjadi asas utama dalam pembangunan negara maju atau negara membangun.

Katanya di kebanyakan negara di dunia kini sedang mengalami situasi di mana berlakunya kekurangan kakitangan yang berkelayakan dalam bidang matematik, sains, kejuruteraan dan pengkomputeran bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat yang mendorong banyak syarikat besar bersaing mendapatkan pekerja wanita dalam sektor ini.

"Fenomena ini menyebabkan golongan wanita yang berkelayakan tinggi dalam bidang teknikal mempunyai peluang yang lebih besar dan mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam pembangunan kerjaya mereka. Di peringkat global, dianggarkan bahawa terdapat kekurangan sebanyak dua juta orang bagi pekerja profesional dalam bidang ICT ini kerana kurangnya kesedaran di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa tentang kerjaya dalam bidang ini," katanya.

Justeru beliau berharap penganjuran ITU Girls ICT Day ini dilihat sebagai satu sumbangan ITU-UUM kepada negara untuk mendidik masyarakat supaya celik ICT dan cakna terhadap kemajuan pesat ICT hari ini, di samping menjelaskan implikasi penyalahgunaan ICT.

Program ini dihadiri lebih 300 pelajar dari UUM dan sekolah menengah di sekitar Kubang Pasu.



Teruskan membaca!

Tuesday, April 24, 2012

Promosi ITU Girls ICT Day




Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget