15 Mac:
Lawatan ke tapak2 lokasi telah diadakan. Ini bertujuan mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk dijadikan pusat komuniti ITU-UUM. Antara tapak yang telah dikenalpasti adalah di Kg Tradisi Lembah Keriang, Kg Changkat Setol, Changlun dan Kg Baru Pokok Sena.
Setelah membuat penelitian dan penilaian dari segi kerjasama penduduk dan kos operasi, kami telah sebulat suara memilih Kg Tradisi Lembah Keriang sebagai lokasi.
Dalam lawatan ini juga turut disertai En. Rizal dari DiGi Communication sebagai agen CSR syarikat tersebut.
0 comments:
Post a Comment