Special Projects

Showing posts with label XPDC Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label XPDC Kinabalu. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Program Selangkah Ke UUM di Sabah


UUM ONLINE : Sabah, 17 Jun - Bagi mempromosikan Universiti Utara Malaysia (UUM), ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Selangkah Ke UUM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh di Ranau.

Program itu dianjurkan sempena Ekspedisi Kibarkan Bendera UUM 30 Tahun Di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada 16 hingga 21 Jun lalu.

Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz berkata, Selangkah Ke UUM bertujuan memperkenalkan universiti ini sebagai sebuah universiti terkemuka di Malaysia, seterusnya mempromosikan program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang terdapat di UUM.

"Program yang dijalankan selama sehari itu telah melibatkan lebih 70 pelajar dari Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam sekolah terbabit, secara tidak langsung memberikan motivasi kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh supaya mereka layak menjejakkan kaki ke universiti," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) UUM CAS, Dr Suzilah Ismail berkata, program ini memberi impak yang positif kepada pembangunan masyarakat luar bandar serta meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai program yang ditawarkan oleh UUM.

Beliau turut berkongsi maklumat bersama warga sekolah berkenaan mengenai peranan bidang sains kuantitatif dalam bidang pengurusan.

Turut terlibat dalam Selangkah Ke UUM ini ialah Pengarah Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan (IMBRe), Prof Madya Dr Chek Derashid, wakil-wakil dari Pusat Pengajian Perakaunan (SoA),Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) serta Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).



Teruskan membaca!

Monday, June 23, 2014

30 Staf UUM Berjaya Kibarkan Bendera 30 Tahun di Puncak Gunung Kinabalu

22 JUN 2014 / 24 SYAABAN 1435H
=============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Gambar oleh: ITU-UUM

30 STAF UUM BERJAYA KIBARKAN BENDERA UUM 30 TAHUN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU


UUM ONLINE: Sabah, 19 Jun - Akhirnya impian 30 staf Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mengibarkan bendera UUM 30 tahun di puncak Gunung Kinabalu menjadi kenyataan, sekaligus melakar sejarah pertama bagi UUM.

Misi Ekspedisi Kibarkan Bendera UUM 30 Tahun di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah anjuran ITU-UUM Asia Pasific Centre of Excellence for Rural ICT Development adalah sempena ulangtahun 30 tahun UUM.

Seramai 30 peserta yang terdiri daripada 11 wanita dan 19 lelaki dalam kalangan staf akademik dan pentadbiran UUM telah menyahut cabaran untuk mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu bagi menjayakan misi mengibarkan bendera UUM.

Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz merangkap ketua ekspedisi berkata, mereka berjaya mengibarkan bendera UUM atas usaha dan semangat berpasukan yang ditunjukkan semua peserta ekspedisi tersebut.

"Sebelum kami berjaya menempa kejayaan ini, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi sepanjang hari pendakian dan menuruni puncak, bagaimanapun ia tidak menjadi halangan kerana dengan adanya semangat berpasukan, komitmen yang tinggi dan kerjasama kuat menyebabkan semua kesukaran berjaya diatasi.

"Selain itu, perancangan teliti selama lapan bulan untuk memastikan misi ini berjaya juga menjadi faktor kejayaan kami semua menawan Gunung Kinabalu, di samping itu persediaan latihan stamina yang sedikit sebanyak membantu semua peserta dalam mengharungi cabaran pendakian yang sebenar," katanya.

Pada 18 Jun, semua peserta memulakan pendakian melalui laluan Mesilau yang mana ia merupakan laluan paling mencabar dan pendakian peringkat pertama ini melibatkan jarak sejauh 8 kilometer (km) yang mana peserta harus menempuh pelbagai jenis laluan seperti berbatu, tanah lembut, celah-celah pokok, tangga dan juga lereng gunung yang mengambil masa kira-kira lapan jam.

Seterusnya, peringkat kedua pendakian melibatkan perjalanan sejauh 2.5 km iaitu dari Laban Rata dengan ketinggian 3,272 meter dari paras laut  dan semua peserta bermalam di Laban Rata sebelum menyambung ekspedisi puncak Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4095.2 meter.

Pada 19 Jun, puncak Gunung Kinabalu berjaya ditawan kira-kira jam 7 pagi selepas pendakian bersambung semula pada jam 1.00 pagi dan semua peserta memulakan perjalanan menuruni puncak pada jam 9 pagi dan tiba ke pintu Timpohon Gate sejauh 8.5 km pada jam 6.00 petang.

Sementara itu, peserta, Aznan Mohamad, staf dari Unit Keselamatan UUM yang menjadi pendakipertama sampai ke puncak melahirkan rasa bangga dan gembira kerana misi mereka untuk mengibarkan bendera UUM akhirnya tercapai.

"Semangat yang jitu dan kekuatan fizikal adalah penting untuk mengatasi pelbagai halangan semasa pendakian ini. dan saya tidak sangka sama sekali akan berjaya menempuh perjalanan sejauh ini untuk mencipta sejarah bersama UUM," katanya.

Selain itu, Prof. Madya Dr Chek Derashid, Pengarah Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan (IMBRe) dan juga peserta yang paling senior berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang utama untuk mencapai misi ini tetapi memastikan bendera UUM dapat dikibarkan di puncak tertinggi di Malaysia adalah menjadi pembakar semangat menawan puncak tersebut.


===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053

FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)


Teruskan membaca!

Wednesday, June 18, 2014

Foto-Foto Pelancaran XPDC Kibarkan Bendera UUM 30 Tahun









Teruskan membaca!

30 STAF TEKAD KIBARKAN BENDERA UUM 30 TAHUN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

18 JUN 2014 / 20 SYAABAN 1435H
=============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nordiana Shafiee
Gambar oleh: Shamsaimi Ezil

30 STAF TEKAD KIBARKAN BENDERA UUM 30 TAHUN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU


UUM ONLINE: 16 Jun - Sempena ulangtahun 30 tahun Universiti Utara Malaysia (UUM), ITU-UUM Asia Pasific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) akan mengibarkan bendera 30 tahun UUM di puncak Gunung Kinabalu dalam Ekspedisi Kibarkan Bendera UUM 30 Tahun di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada 16 hingga 21 Jun ini.

Pelancaran ekspedisi itu telah  disempurnakan Pendaftar UUM, Mohamad Akhir Yusof yang mewakili Naib Canselor, Prof Dato’ Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak dengan menyerahkan bendera UUM kepada peserta ekspedisi terdiri daripada staf UUM yang diketuai Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz.

Dalam ucapan perasmian itu, Mohamad Akhir melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah atas usaha ITU-UUM untuk mencipta sejarah dengan memahat bendera UUM di atas puncak tertinggi Malaysia itu.

"UUM bakal mencipta sejarah apabila kumpulan terdiri daripada 30 staf universiti ini menjadi pasukan pertama yang mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah.

"Saya berharap semua peserta akan berjaya melaksanakan misi ini dan saling bekerjasama terutama dari aspek keselamatan pasukan," katanya.

Sementara itu, Pengarah ITU-UUM, Prof Madya Dr Mohd Syazwan Abdullah berkata, ekspedisi itu sudah lama dirancang sejak awal tahun ini bertujuan mengabadikan bendera UUM yang ke-30 tahun di puncak Gunung Kinabalu.

Katanya, selain itu ingin membentuk semangat berpasukan dan juga keyakinan diri dalam kalangan staf UUM untuk mengharungi cabaran mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu, seterusnya memberi gambaran simbolik UUM sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang terulung di Malaysia.

"Saya berharap menerusi ekspedisi ini, semua peserta dapat menimba pengalaman baru terutama dalam semangat kerjasama berpasukan.

"Tambahan pula, semua peserta sudah menjalani latihan fizikal dan mental sebelum mereka memulakan ekspedisi ini seperti mendaki Gunung Jerai, berbasikal dan berjalan jauh yang akan membantu meningkatkan stamina mereka," ujarnya.


===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)


Teruskan membaca!

Sunday, June 8, 2014

ITU-UUM anjurkan Ekspedisi Kibarkan Bendera UUM 30 Tahun di G. Kinabalu



LATAR BELAKANG
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya, mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara dan gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai impian untuk menawan puncak tertinggi di malaysia iaitu Gunung Kinabalu. Oleh yang demikian ITU-UUM mewakili UUM, mengambil insiatif ini bagi mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu bersempena dengan penubuhan  UUM yang ke-30 tahun pada tahun 2014.

ITU-UUM ingin mengambil peluang ini dengan mencipta sejarah untuk memahat bendera UUM yang ke 30 tahun di atas puncak tertinggi Malaysia itu.


OBJEKTIF
  • Mengabadikan bendera UUM yang ke 30 tahun di Puncak Gunung     Kinabalu
  • Membentuk semangat berpasukan dan juga keyakinan diri di kalangan staf UUM dalam mengharungi cabaran mendaki Gunung Kinabalu.
  • Memberi gambaran simbolik UUM sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang terulung di Malaysia khususnya, dan di peringkat antarabangsa amnya.
  • Memberi peluang kepada staf UUM menimba pengalaman dalam mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.



Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget