Special Projects

Showing posts with label Pertandingan Video ITU. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan Video ITU. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Pertandingan Cipta Video, Buka Peluang Gen Y Pamer Bakat

PERTANDINGAN CIPTA VIDEO, BUKA PELUANG GEN Y PAMER BAKAT SEHINGGA 31 OGOS


  
Sintok: International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menganjurkan pertandingan penciptaan video sempena “World ITU Day 2014” bertemakan Jalur Lebar Untuk Pembangunan Mampan. 
Pertandingan itu bertujuan memberi peluang kepada generasi muda dan orang awam menggilap bakat mereka di dalam menghasilkan penciptaan video yang berkualiti, menarik dan memberi impak atau mesej yang baik kepada penonton.
Selain itu untuk meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda tentang cara untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi di dalam menghasilkan produk-produk yang membantu proses pendidikan pada masa hadapan.
Video pendek berdurasi empat minit yang dihasilkan, perlu dimuatnaik ke laman sesawang ITU-UUM. Setiap video yang dibuat tidak boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan tidak berbau politik. Bentuk fail yang boleh dihantar adalah seperti Audio Video Interleave (AVI), MPEG-4 (mp4) dan Apple’s QuickTime (MOV) supaya fail yang dihantar boleh dimainkan secara terus tanpa perlu sebarang ‘plug-in’ atau aplikasi khusus.
Penceritaan hendaklah dibuat dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan Bahasa Inggeris dan ‘loghat’ adalah dibenarkan tetapi perlu disediakan sarikata dalam Bahasa Malaysia. Video yang dihasilkan juga mestilah hasil asli para peserta.
Penyertaan yang bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos itu tidak dikenakan yuran penyertaan dan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia. Setiap penyertaan hanya terbuka kepada individu sahaja, tiada penyertaan secara berkumpulan.
Hadiah berupa Apple iPad ditawarkan kepada pemenang tempat pertama. Manakala pemenang tempat kedua akan menerima Smartphone Samsung S5, pemenang tempat ketiga akan menerima Apple iPad-Mini dan pemenang saguhati akan menerima telefon bimbit bernilai RM1,000. 

Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, boleh diperolehi menerusi laman sesawang http://www.itu.uum.edu.my atau menghubungi urusetia di talian 04 – 928 4958.


Teruskan membaca!

Tuesday, July 22, 2014

Iklan Pertandingan Penciptaan Video





Teruskan membaca!

Sunday, July 6, 2014

ITU-UUM Anjur Pertandingan Penciptaan Video Sempena WTISD 2014



LATARBELAKANG
                          
Penciptaan video kini menjadi lebih mudah dengan bantuan peralatan dan perisian komputer. Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk mencipta video sama ada yang didatangkan bersama dengan pembelian komputer atau dibeli secara berasingan. Harga perisian-perisian berkenaan pula adalah berpatutan dan mudah diperolehi. Melalui bantuan perisian yang mesra pengguna, setiap orang sama ada yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT atau pun tidak mampu mencipta videonya sendiri untuk dikongsi dengan orang lain.

Menyedari akan potensi kepada penciptaan video ini, ITU-UUM dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil  langkah untuk menganjurkan satu pertandingan mencipta video yang akan dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Melalui pertandingan ini, bakat-bakat generasi muda dapat digilap untuk menghasilkan karya digital tempatan yang mengandungi mesej-mesej berguna dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan. Video-video yang dihasilkan kemudiannya boleh dimanfaatkan dan disebarkan untuk kegunaan umum. 

Pertandingan ini akan diadakan di kalangan para pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia. Para pelajar merupakan golongan yang banyak  terdedah kepada perkembangan ICT terkini. Oleh itu mereka sudah pasti mampu menerbitkan video yang berkualiti dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan kesedaran.


OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:

  • Menghasilkan penciptaan video yang dapat memberi mesej yang berkesan melalui penerapan nilai-nilai murni, pengajaran dan pendidikan, contoh tauladan yang baik, mencintai alam semulajadi dan unsur-unsur ke arah kebaikan

  • Memberi peluang kepada generasi muda dan orang awam menggilap bakat mereka di dalam menghasilkan penciptaan video yang berkualiti, menarik dan memberi impak atau mesej yang baik kepada penonton 

  • Memperbanyakkan hasil karya kreativiti tempatan yang berkualiti dalam bidang ICT yang boleh disampaikan melalui medium elektronik untuk memberi pengajaran dan tauladan yang baik daripada semasa ke semasa


Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget