Special Projects

Showing posts with label Latihan ICT. Show all posts
Showing posts with label Latihan ICT. Show all posts

Sunday, May 7, 2017

SMMTC-MCMC Bantu Tingkat Kemahiran Sukarelawan ICT Malaysia










SMMTC-MCMC BANTU TINGKAT KEMAHIRAN SUKARELAWAN ICT MALAYSIA

SMMTC ONLINE: Dalam menjayakan agenda transformasi negara melalui ICT, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) turut tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi penganjuran Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV).

Program yang diadakan pada 28-29 April 2017 terdiri daripada 60 orang Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) termasuk sukarelawan dari seluruh negeri Kedah yang diadakan di Hotel Grand Alora, Alor Star. SMMTC melalui penglibatan bengkel ini menampilkan beberapa pensyarah sebagai penceramah iaitu En. Nizam Saad dengan tajuk “Introduction to Videography” dan Dr. Sabrina Mohd Rashid dengan pembentangan “Social Media Marketing”. Turut sama dalam bengkel ini ialah Prof. Madya Dr. Adzrool Idzwan Ismail dengan topik “Introduction to Fotography”.


Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Ariffin Abdul Mutalib berharap kerjasama  dengan MCMC akan mengukuhkan jaringan industri terutama dalam bidang ICT dan masyarakat. Platform seperti ini akan memberi peluang  kepada pensyarah dan pelajar  SMMTC menyumbang tenaga dan kepakaran kepada penduduk negeri Kedah dan Malaysia amnya. Selain itu bengkel ini turut mempromosikan program yang ditawarkan oleh SMMTC kepada belia yang ingin melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang teknologi multimedia dan komunikasi.


Teruskan membaca!

Sunday, March 13, 2016

Merentas Era Teknologi Melalui Pusat Internet 1Malaysia



ANJUNG TAMU ONLINE: Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di sekitar Kedah, Putrajaya, Linggi Negeri Sembilan dan Semenyih Selangor anjuran ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT.

Inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad dilihat sebagai usaha mendekatkan diri rakyat kepada teknologi terkini melalui PI1M. Begitu juga dengan ITU-UUM yang membantu Pengurus PI1M supaya lebih terlatih untuk berhadapan dengan komuniti yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

Justeru, bagai pepatah sambil menyelam minum air, para Pengurus PI1M tidak ketinggalan untuk Discover UUM 2016  yang melawat Welcome Centre. Masing-masing melahirkan rasa puas hati dengan penerangan tentang bagaimana sejarah Sintok bermula.

“Padat dengan informasi, menarik dan sangat cantik”, kata Pengurus PI1M Presint 9, Fasa 3 Putrajaya, Sarahhaziqah Usoldin.

Beliau berkata pelbagai perkhidmatan seperti internet, fotostat, printing, laminating, binding, scanning, typing di samping kelas asas komputer, internet, dan lain-lain kelas berkaitan IT di sediakan oleh PI1M. Namun Pengurus perlu dilatih oleh universiti pengurusan terkemuka supaya tadbir urus PI1M dapat memacu dengan lebih cemerlang.

Dalam pada itu, para Pengurus PI1M tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan berdekatan dengan bougainvillea, bunga rasmi UUM yang segar merimbun.


==========================
DARIPADA:
ANJUNG TAMU
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN CANSELORI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
TEL.: 04-928 3044/3050/3051/3098
FAKS: 04-928 3095
E-MEL: welcome_centre@uum.edu.my


Teruskan membaca!

Staf PI1M Melawat UUM



Pada 27 dan 28 Februari 2016 lalu, ITU-UUM telah menganjurkan Program Pembangunan Latihan untuk siri ke-3 kepada 13 orang Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di bawah projek kerjasama antara ITU-UUM dan NERA Infocomm (M) Sdn. Bhd.

Program yang dijalankan selama dua hari ini dimulai dengan Bengkel Designing Attractive Contents yang telah disampaikan oleh Encik Jasni Ahmad, Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi. Pada hari berikutnya, diikuti dengan Program Kelestarian bertajuk Pengurusan Kewangan dalam Kelangsungan Perniagaan oleh Puan Nadirah Hj. Samsuri, Penasihat Kewangan.

Program ini dirancang di adakan di UUM adalah bersempena dengan Discover UUM 2016 di mana peserta tidak ketinggalan untuk menerokai kecantikan kampus dan berkunjung ke Anjung Tamu.

Satu sesi yang sama juga akan diadakan kepada Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Kedah, Selangor dan Putrajaya pada 12 dan 13 Mac 2016 nanti.

Sekian.

===============================
DARIPADA:
ITU-UUM ASIA PACIFIC CENTRE OF EXCELLENCE FOR RURAL ICT DEVELOPMENT
CONVENTION COMPLEX
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
TEL : +(6) 04-928 4951  FAKS : +(6) 04-928 4959
E-MAIL : itu@uum.edu.my
Website : www.itu.uum.edu.my
Teruskan membaca!

Thursday, January 28, 2016

Melahirkan Generasi Celik ICT




Teruskan membaca!

Monday, November 16, 2015

Kerjasama Pintar ITU-UUM Dengan Persatuan I-TECH UUM

Kerjasama Pintar ITU-UUM Dengan Persatuan I-TECH UUM


Program Community Services Moving towards IT Revolution yang dianjurkan oleh Persatuan I-Tech UUM dengan kerjasama ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM), Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Langkawi dan JKKK Kampung Padang Wahid, Langkawi telah berlangsung pada 6-7 November 2015 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Wahid Langkawi. Program ini merupakan bengkel latihan ICT dan program khidmat masyarakat yang terbahagi kepada dua aktiviti yang berjalan serentak iaitu Bengkel Penggunaan Asas Aplikasi Microsoft dan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan Kampung Padang Wahid, Langkawi.

Bengkel Penggunaan Asas Aplikasi Microsoft dijalankan di PI1M Langkawi dan dikendalikan oleh mahasiswa UUM dari Persatuan I-Tech UUM yang melibatkan peserta seramai 19 orang. Peserta yang terlibat terdiri daripada penduduk kampung yang berusia diantara 12 hingga 24 tahun. Bengkel itu telah berjaya menarik minat dan meningkatkan minat peserta dalam mengasah kreativiti dan pengetahuan melalui penggunaan teknologi aplikasi komputer melalui perisian Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.

Manakala aktiviti gotong-royong yang melibatkan mahasiswa UUM bersama penduduk kampung membersihkan kawasan dalam dan luar surau, dewan orang ramai dan kawasan sekitar kampung. Selain itu, mahasiswa UUM juga telah melawat beberapa buah rumah dan memberi sedikit sumbangan kepada penduduk kampung yang kurang bernasib baik.

Perasmian pembukaan program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hidayat Hamid, Tuan Penghulu Mukim Kedawang Langkawi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak UUM kerana memilih anak-anak di kawasan berkenaan bagi menganjurkan bengkel dan program gotong-royong tersebut. Menurutnya, program seumpama ini dilihat memberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan teknologi dalam kehidupan serta memberi peluang kepada mahasiswa universiti mengaplikasikan teknologi dan pengetahuan berkenaan ICT kepada penduduk dan komuniti setempat.

En Mohd Hidayat juga berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung dan pihak universiti.
Program ini juga turut dihadiri oleh Encik Shariman bin Saad, Pengerusi JKKK Kampung Padang Wahid Langkawi, Puan Nadzirah Mahmud selaku wakil dari ITU-UUM serta penduduk kampung yang berdekatan.


Diharap program kerjasama pintar ITU-UUM ini dapat diteruskan pada masa hadapan.


Teruskan membaca!

Sunday, September 20, 2015

Akhbar: Kem ICT Dedahkan Pelajar Dunia Gajet





Teruskan membaca!

Tuesday, September 1, 2015

Bengkel Rekabentuk Grafik Siri 2 Tarik Minat Peserta



25 Ogos 2015: ITU-UUM telah menganjurkan Bengkel Reka Bentuk Grafik Untuk Persembahan Multimedia dan Penerbitan Atas Meja Siri ke 2/2015 di Makmal Eksekutif, Pusat Konvensyen.

Bengkel yang dijalankan selama satu hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik untuk persembahan multimedia dan penerbitan atas meja.

Bengkel seumpama ini banyak membantu peserta dari segi peningkatan kreativiti dan pengetahuan dalam memudahkan tugasan. 

Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan penggunaan MS Power Point dan Adobe Photoshop untuk menghasilkan rekabentuk seperti slaid pembentangan, brosur, penghasilan kulit buku dan poster yang kreatif.


Teruskan membaca!

Wednesday, August 26, 2015

Kem ICT 3.0 Bantu Tingkat Kemahiran Guna Aplikasi Terkini



International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development telah menganjurkan program Kem ICT 3.0 pada 21-22 Ogos 2015 lalu di Myangkasa Akademi & Resort Langkawi. Program ini adalah anjuran bersama dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Langkawi, Pusat Khidmat ADUN Kuah dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Program ini melibatkan seramai 50 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada lima (5) buah sekolah iaitu SMK Kedawang, SMK Mahsuri, SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang dan SMK Tunku Putra.

Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan aplikasi perisian komputer kepada para pelajar yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat membuka landasan pembelajaran dan penggunaan ICT kepada para pelajar agar mampu berfikir secara lebih kreatif, inovatif dan dapat mengaplikasikannya semasa proses pembelajaran.

En Suwannit Chareen Chit a/l Sop Chit, pensyarah dari Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM telah berkongsi ilmu mengenai teknologi terkini dalam ICT sementara   Dr. Husniza binti Husni, pensyarah dari Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM mengendalikan sesi latihan dalam mencipta interaktif e-Folio dengan cara mudah. Sesi Klik Dengan Bijak telah dikendalikan oleh empat (4) orang pengurus PI1M dari Langkawi, Napoh, Jerlun dan Gunung Hilir.

Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh YB. Nor Saidi Nanyan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah Langkawi. Beliau berkata perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pelbagai penciptaan perisian telah membuka ruang maya yang cukup luas kepada pelajar dalam mencari ilmu. Selain mendorong minat dan menggalakkan  pembelajaran secara akses kendiri, teknologi maklumat ini wajar dimanfaatkan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.

"Saya berharap supaya program sebegini dapat diteruskan lagi dalam melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan di peringkat global" katanya.


YB. Nor Saidi Nanyan mengucapkan terima kasih kepada pihak ITU-UUM dan pihak PI1M Langkawi serta semua yang terlibat dalam program ini kerana telah berjaya menganjurkan program yang memberi manfaat dan pengalaman bermakna kepada para pelajar yang terpilih. Beliau juga mengharapkan lebih banyak penglibatan UUM melalui program sebegini dalam membantu meningkatkan pendidikan pelajar sekolah khususnya di Langkawi.


Teruskan membaca!

Tuesday, July 14, 2015

Workshop On Graphic Design For Multimedia Presentation And Desktop Publishing

14 JULAI 2015 / 27 RAMADHAN 1436H
=================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Assalamualaikum w.b.t. and Greetings

YBhg. Tan Sri/ Dato' Wira/ Dato’/ Datin/Prof./Assoc. Prof./ Dr./ Sir/ Madam

ITU-UUM Asia Pacific Centre of  Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) will be organizing a workshop as follows : 



For Registration Form, please refer the link below:


Registration Deadline: 18 AUGUST 2015

For further enquiries, please contact:
Mdm. Nor Shafinaz Atil  (04-928 4956) / shafinaz@uum.edu.my


===============================
FROM:
ITU-UUM ASIA PACIFIC CENTRE OF EXCELLENCE FOR RURAL ICT DEVELOPMENT
CONVENTION COMPLEX
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
TEL : +(6) 04-928 4956/4954/4951  FAKS : +(6) 04-928 4959
Website : www.itu.uum.edu.my 




Teruskan membaca!

Thursday, May 14, 2015

Bengkel Anjuran ITU-UUM Berjaya Mengasah Kreativiti Pelajar Melalui Teknologi ICT

BENGKEL ANJURAN ITU-UUM BERJAYA MENGASAH KREATIVITI PELAJAR MELALUI TEKNOLOGI ICT



International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development telah menganjurkan Bengkel Aplikasi Perisian Komputer Microsoft Powerpoint 2013 pada 9 Mei 2015 lalu di Mini RTC, Kampung Bongor Kudung, Sanglang Perlis. Program ini anjuran bersama daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DUN Sanglang, Perlis, Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM).
Program ini telah berjaya menarik seramai 35 orang pelajar berumur di antara 16 tahun hingga 18 tahun yang terdiri daripada beberapa buah sekolah di bawah DUN Sanglang, Perlis. Encik Mohd Amir Abu Seman, Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM dan Dr Azizi Ab Aziz, Pensyarah Universiti dari Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM dijemput menjadi tenaga pengajar dalam bengkel ini.
Bengkel itu telah berjaya menarik minat dan meningkatkan minat pelajar, mengasah kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi aplikasi komputer melalui perisian Microsoft Power Point.
Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr. Shamrie Sainin berkata, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam penggunaan ICT dalam kalangan pelajar luar bandar khususnya, selain memanfaatkan komputer riba dan tablet yang disumbangkan oleh APEC Digital Opportunity Centre (ADOC) dari Taiwan bagi menjayakan bengkel tersebut.
"Kita ingin memberi pendedahan kepada anak-anak muda di kawasan luar bandar dalam dunia teknologi yang semakin berkembang pesat supaya mereka tidak ketinggalan."
"Saya percaya melalui program sebegini, dapat memperkasakan kemahiran ICT pelajar-pelajar dalam mengaplikasi apa yang dipelajari dalam pembelajaran dan pendidikan mereka." katanya.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajah Rela Binti Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Rakyat). Program ini juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Khalid Ahmad, Setiausaha Politik Perlis; Yang Berusaha Puan Nor Shafawati binti Mohd Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis; Encik Shukri Che Mat Saad, Penyelaras KRT Parlimen Arau serta AJK KRT Dun Sanglang yang terlibat.
Yang Berhormat Hajah Rela Binti Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak ITU-UUM dan pihak KRT DUN Sanglang Perlis kerana memilih anak-anak di kawasan berkenaan bagi menganjurkan bengkel tersebut.
Menurutnya, bengkel seumpama itu dilihat memberi faedah dan kepentingan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan masa kini sebagai pelajar.
"Saya berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung dan pihak universiti," katanya.


Sekian.


Teruskan membaca!

Wednesday, February 25, 2015

Jom Sertai Bengkel Graphic Design




Teruskan membaca!

Monday, May 26, 2014

Bengkel Penghasilan Video Digital Anjuran ITU-UUM Tarik 70 Peserta

26 MEI 2014 / 26 REJAB 1435H
=========================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh : Mohd Amir Aizat Sainon
Gambar oleh : Hairul Nizam Zahari

BENGKEL PENGHASILAN VIDEO  DIGITAL ANJURAN ITU-UUM TARIK 70 PESERTA



UUM ONLINE: 25 Mei - Dianggarkan kira-kira 70 peserta menyertai bengkel “Digital Video Making” anjuran International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDEC) dan Malaysian Association of Creativity & Innovation (MACRI).

Peserta terdiri dari kalangan pelajar UUM dan pelajar sekolah menengah berumur 15-24 tahun. Antara institusi dan sekolah-sekolah yang terlibat selain UUM ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Politeknik Tunku Syed Sirajuddin (PTSS), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Sheikh Ahmad, SMK Jitra, SMK Arau dan SMK Bandar Bukit Kayu Hitam.

Bengkel latihan tersebut adalah salah satu program di bawah Project Linkages anjuran MDEC dan MACRI yang mendapat sokongan dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO untuk memberi peluang pelajar melibatkan diri dalam penghasilan video digital.

Project Linkages adalah projek inovasi masyarakat berasaskan konsep inovasi terbuka yang akan dipacu oleh generasi muda yang bersemangat mengenai kreativiti, inovasi dan perniagaan sosial.

Objektif utama bengkel tersebut diadakan adalah untuk menawarkan program pembangunan kemahiran digital dan sekaligus mempromosikan penggunaan medium digital bagi penjanaan idea dan kreativiti.

Selain dapat meningkatkan pengetahuan dalam dunia digital ia juga memberi pendedahan dan peluang menggunakan kemudahan dan peralatan kreatif.

Pakar dari pelbagai industri kreatif telah terlibat untuk menggalak, melatih dan menjadi mentor kepada peserta dalam program tersebut seperti penjanaan kreativiti, idea, harta intelek, kepimpinan sukarelawan, sosial media, kemahiran digital, reka bentuk grafik, penghasilan filem dan sebagainya.

Antara penceramah yang hadir pada bengkel tersebut ialah Setiausaha Eksekutif MACRI, Ramesh Pillai dan Dr Yahaya Abdullah dari KRU Academy. Ucapan aluan disampaikan Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz.



Teruskan membaca!

Wednesday, May 14, 2014

Akan Datang - Digital Video Making Workshop




Registration Deadline: 21 May 2014

For further enquiries, please contact:

Mdm. Nor Shafinaz Atil  (04-928 4956) / shafinaz@uum.edu.my


Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget