Special Projects

Wednesday, April 14, 2010

PLW untuk Usahawan KEDA




11-13 April 2010.

Latihan Pembangunan Laman Web untuk Usahawan KEDA telah dijalankan dengan penuh suasana yang berilmu dan sarat dengan perkongsian idea di mana seramai 32 peserta yang terdiri daripada usahawan2 bimbingan KEDA telah berjaya menamatkan kursus tersebut.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Darus bin Hashim selaku Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA).

Melalui kursus ini peserta telah didedahkan dengan pelbagai kaedah pemasaran dan penjualan produk secara komersil tidak kira secara domestik atau antarabangsa. Penceramah yang terdiri daripada pensyarah berpengalaman UUM telah berjaya memberikan input yang ringkas dan padat agar pembelajaran mudah difahami dan dipraktikkan setelah tamat latihan.

Setelah melalui 3 hari yang dipenuhi pengetahuan2 teknologi maklumat, kelihatannya peserta2 usahawan ini masih merasakan apa yang dipelajari belum mencukupi memandangkan jangkamasa yang agak singkat. Bagaimanapun pihak ITU-UUM akan cuba mengadakan lebih banyak aktiviti2 sebegini bagi memanfaatkan golongan usahawan ini dalam merancakkan ekonomi negara.

Ulasan di Kosmo Online!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_02.htm

Ulasan di Laman Web UUM
http://www1.uum.edu.my/nportal/penuh.html?page=main_penuh.html&idhebahan=20187

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget