ITU-UUM Menganjurkan Latihan Bagi Radio Nepal Dengan Kerjasama AIBD
ITU-UUM dengan kerjasama Asia-Pacific Institute for Broadcasting Development (AIBD), telah menganjurkan latihan “Leveraging ICT for Business Planning, Decision Making dan Change Management” bagi Radio Nepal yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Maklumat dan Komunikasi, Nepal. Latihan dengan kerjasama AIBD ini telah diadakan pada Julai lalu di Kathmandu, Nepal selepas persidangan tahunan AIBD.
ITU-UUM telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Dr. Mohd Syazwan Abdullah dan felonya Prof. Madya. Abdul Bashah Mat Ali telah diberi kepercayaan dalam mengendalikan latihan ini di mana hasil latihan ini adalah Pelan Strategik bagi Nepal Radio dalam menjadi stesen radio pilihan di Nepal.
Bengkel latihan ini telah dihadiri oleh seramai 19 orang pengurus dan pegawai atasan Radio Nepal, termasuk pengarahnya En. Tapanath Shukla. Bengkel ini telah dijalankan di ibu pejabat Radio Nepal yang berpengkalan di Singh Durbar (Pusat Pentadbiran Kerajaan Nepal) di Kathmandu. Walaupun keadaan infrastruktur yang agak usang dan ketinggalan zaman, serta keadaan bilik bengkel yang serba kekurangan, pakar dari ITU-UUM telah mengendalikanbengkel ini dengan cemerlang serta mendapat kepujian pengarah Radio Nepal.
Penganjuran bengkel ini bersama AIBD di Nepal Radio telah membuka dimensi baru bagi ITU-UUM untuk menganjurkan latihan yang berkaitandengan bidang ICT bagi negara-negara membangun di Asia Pasifik. Adalah diharapkan usaha sebegini akan membantu ITU-UUM menjana pendapatan dari mengendalikan latihan bertaraf antarabangsa serta menaikkan nama UniversitiUtara Malaysia di persada antarabangsa sebagai the Eminent Management University.