6 OGOS 2014 / 10 SYAWAL 1435H
============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: Mohd Amir Aizat Sainon
Gambar oleh: Muhammad Shamsul
Shafie
SUKARELAWAN ADOC TURUN PADANG, BANTU RAPATKAN
JURANG DIGITAL USAHAWAN KLUSTER SME
UUM ONLINE: 5 Ogos - Komited
untuk membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan usahawan perusahaan
kecil dan sederhana (SME), Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui
International Telecommunication Union (ITU-UUM) telah
melaksanakan program meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan usahawan kluster
SME dengan kerjasama Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Digital
Opportunity Centre (ADOC).
Program ADOC International Volunteer Service Team
(AIVST) 2014 ini melibatkan kumpulan sukarelawan antarabangsa dari National
Taipei University of Business (NTUB) yang terdiri daripada 16 pelajar dan dua pensyarah
serta turut disertai oleh lima pelajar UUM bermula dari 4 hingga 11 Ogos 2014.
Objektif utama program ini adalah untuk
meningkatkan kecekapan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
kalangan usahawan SME di bawah kluster pemprosesan makanan dan pelancongan.
Ianya dapat dicapai melalui penyediaan sokongan
teknikal kepada usahawan yang terlibat, memperkuatkan kemahiran ICT untuk
menyokong perniagaan atas talian dan melibatkan diri dalam meneliti pemasaran
atas talian serta laman web perniagaan.
Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan
Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada sukarelawan ADOC yang terlibat
dengan projek untuk membantu merapatkan jurang digital usahawan SME ini.
“Kedatangan anda semua ke sini bukan sahaja dapat
belajar mengenai budaya masyarakat setempat tetapi turut dapat membantu
usahawan luar bandar meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.”
“Pengalaman membantu penduduk luar bandar ini
sememangnya satu pengalaman yang tidak ternilai. Terima kasih saya ucapkan atas
kehadiran anda semua ke sini,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan
pada upacara pembukaan program ADOC International Volunteer Team (AIVST) 2014,
di Makmal Komputer FWB Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
(COLGIS) pagi semalam.
Dalam
majlis yang sama juga, pihak ADOC turut menyumbang 30 buah Komputer Tablet
model Asus Vivo Tab RT TF600 kepada ITU-UUM bagi tujuan latihan ICT kepada
usahawan-usahawan kecil serta akan digunakan dalam program komuniti lain
anjuran ITU-UUM dan bukan untuk tujuan komersil. Majlis penyerahan Komputer
Tablet itu disaksikan oleh wakil dari ASUS Taiwan, Yu Pei-Chi.
Sepanjang program mereka di sini Pasukan
Sukarelawan ADOC ini akan dibawa melawat ke kawasan perusahaan kecil di sekitar
Kedah untuk mengendalikan latihan dan aktiviti berkaitan kemahiran ICT kepada
usahawan-usahawan kecil kluster pelancongan dan pemprosesan makanan di bawah
projek ADOC. Selain itu mereka juga akan dibawa melancong ke Pulau Langkawi.
===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia
(Official FB)
0 comments:
Post a Comment