18 OGOS 2014 / 22 SYAWAL 1435H
===========================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: Nurul Hanis Abd Halim
Gambar oleh: Mohd Syafreen Shobre
WELCOME CENTRE TERIMA TETAMU TAIWAN
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus dikenali
bukan hanya di dalam negara malahan kecemerlangan UUM turut mendapat
pengiktirafan di luar negara.
Terbaharu Welcome Centre, UUM telah menerima kunjungan daripada kumpulan
sukarelawan antarabangsa dari National Taipei
University of Business (NTUB) yang terdiri daripada 18 pelajar bersama dua
pensyarahnya dan wakil Apec Digital Opportunity Center (ADOC), di
sini, baru-baru ini.
Kunjungan tersebut sempena program
ADOC International Volunteer Service Team
(AIVST) 2014 anjuran ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellent for Rural
ICT Development (ITU-UUM) dengan kerjasama
Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Digital Opportunity Centre (ADOC) yang
bertujuan meningkatkan
kecekapan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan
usahawan SME di bawah kluster pemprosesan
makanan dan pelancongan.
Pensyarah
NTUB, Hu Hsiao Chuan ketika ditemui di Welcome Centre kelihatan teruja dengan
persekitaran baharu tersebut.
“Persekitaran
di sini sangat cantik dengan suasananya yang tenang dan bunyi deruan air yang
mengasyikkan selain keramahan masyarakat di sini, seolah-olah memberi saya
tenaga untuk meneruskan lawatan ke sekitar Negeri Kedah pada hari esok (baru-baru
ini),” katanya.
Pasukan sukarelawan ini juga telah dibawa melawat ke
kawasan perusahaan kecil di sekitar Kedah untuk
mengendalikan latihan dan aktiviti berkaitan kemahiran ICT kepada
usahawan-usahawan kecil kluster pelancongan dan pemprosesan makanan di situ.
Selain itu, mereka turut dibawa melancong ke Langkawi untuk menikmati keindahan
pulaunya.
0 comments:
Post a Comment