BENGKEL ANJURAN ITU-UUM
BERJAYA MENGASAH KREATIVITI PELAJAR MELALUI TEKNOLOGI ICT
International Telecommunication
Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for
Rural ICT Development telah menganjurkan Bengkel Aplikasi Perisian Komputer
Microsoft Powerpoint 2013 pada 9 Mei 2015 lalu di Mini
RTC, Kampung Bongor Kudung, Sanglang Perlis. Program ini anjuran bersama
daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DUN Sanglang, Perlis,
Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM).
Program ini telah berjaya menarik
seramai 35 orang pelajar berumur di antara 16 tahun hingga 18 tahun yang
terdiri daripada beberapa buah sekolah di bawah DUN Sanglang, Perlis. Encik
Mohd Amir Abu Seman, Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan
Komunikasi UUM dan Dr Azizi Ab Aziz, Pensyarah Universiti dari Pusat Pengajian
Pengkomputeran UUM dijemput menjadi tenaga pengajar dalam bengkel ini.
Bengkel itu telah berjaya menarik
minat dan meningkatkan minat pelajar, mengasah kreativiti dan pengetahuan
pelajar melalui penggunaan teknologi aplikasi komputer melalui perisian
Microsoft Power Point.
Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr.
Shamrie Sainin berkata, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam
penggunaan ICT dalam kalangan pelajar luar bandar khususnya, selain
memanfaatkan komputer riba dan tablet yang disumbangkan oleh APEC Digital
Opportunity Centre (ADOC) dari Taiwan bagi menjayakan bengkel tersebut.
"Kita ingin memberi pendedahan
kepada anak-anak muda di kawasan luar bandar dalam dunia teknologi yang semakin
berkembang pesat supaya mereka tidak ketinggalan."
"Saya percaya melalui program
sebegini, dapat memperkasakan kemahiran ICT pelajar-pelajar dalam mengaplikasi
apa yang dipelajari dalam pembelajaran dan pendidikan mereka." katanya.
Program
ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajah Rela Binti Ahmad, Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Perlis (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat,
Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Rakyat). Program ini juga turut dihadiri
oleh Yang Berhormat Encik Khalid Ahmad, Setiausaha Politik Perlis; Yang
Berusaha Puan Nor Shafawati binti Mohd Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis; Encik Shukri Che Mat Saad,
Penyelaras KRT Parlimen Arau serta AJK KRT Dun Sanglang yang terlibat.
Yang
Berhormat Hajah Rela Binti Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak
ITU-UUM dan pihak KRT DUN Sanglang Perlis kerana memilih anak-anak di kawasan
berkenaan bagi menganjurkan bengkel tersebut.
Menurutnya, bengkel seumpama itu
dilihat memberi faedah dan kepentingan
penggunaan teknologi digital dalam kehidupan masa kini sebagai pelajar.
"Saya berharap supaya program
seperti ini dapat diteruskan lagi dalam mengeratkan hubungan di antara penduduk
kampung dan pihak universiti," katanya.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment