BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PIAGAM PELANGGAN DAN DASAR
KUALITI ITU-UUM
Pada 10
Ogos 2015 yang lalu, ITU-UUM telah melaksanakan Bengkel Penambahbaikan Piagam
Pelanggan serta Dasar Kualiti Jabatan bertempat di EDC-Hotel, UUM. Bengkel ini
dihadiri oleh semua staf dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah
merangkap pemangku Pengarah ITU-UUM, Dr. Mohd Shamrie Sainin.
Bengkel
ini diadakan bertujuan untuk meneliti dan memantapkan serta menyelaras Piagam
Pelanggan dan Dasar Kualiti jabatan yang bersesuaian dengan ITU-UUM seiring
dengan perkembangan semasa. Hasil daripada perbincangan ini ,semua staf dapat
bersama-sama dalam mencapai dan melaksanakan tugas masing-masing seiring dengan
piagam pelanggan yang telah terhasil.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment