Pada 18 Ogos 2015 yang lalu, Timbalan Naib
Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Noor Azizi Ismail telah
mengadakan lawatan rasminya ke Pejabat ITU-UUM. Majlis dimulakan dengan
ucapan aluan dan taklimat ringkas berkenaan fungsi dan hala tuju ITU-UUM oleh
Dr. Mohd Shamrie Sainin selaku Timbalan Pengarah dan merangkap pemangku
Pengarah ITU-UUM.
Lawatan rasmi tersebut telah menyentuh beberapa
strategi dan langkah penambahbaikan yang perlu di ambil oleh ITU-UUM serta
perkongsian idea yang dapat memantapkan lagi ITU-UUM sebagai Centre of
Excellent (CoE). Selain itu, beberapa isu dan halangan juga turut
dibincangkan serta beberapa inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi
memperkemaskan lagi struktur ITU-UUM dalam mencapai sasaran tahunan dan
bergerak seiring dengan pelan strategik universiti. Turut hadir dalam
majlis tersebut adalah Pegawai Pengiring, En Abdul Shakur Bin Abdullah dan
semua staf ITU-UUM.
0 comments:
Post a Comment