Special Projects

Tuesday, September 1, 2015

Bengkel Rekabentuk Grafik Siri 2 Tarik Minat Peserta



25 Ogos 2015: ITU-UUM telah menganjurkan Bengkel Reka Bentuk Grafik Untuk Persembahan Multimedia dan Penerbitan Atas Meja Siri ke 2/2015 di Makmal Eksekutif, Pusat Konvensyen.

Bengkel yang dijalankan selama satu hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik untuk persembahan multimedia dan penerbitan atas meja.

Bengkel seumpama ini banyak membantu peserta dari segi peningkatan kreativiti dan pengetahuan dalam memudahkan tugasan. 

Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan penggunaan MS Power Point dan Adobe Photoshop untuk menghasilkan rekabentuk seperti slaid pembentangan, brosur, penghasilan kulit buku dan poster yang kreatif.

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget