19 Julai 2011
Bilik Meeting ITU-UUM
10.00 a.m
ITU-UUM telah memulakan langkah agresif dengan mengadakan kerjasama bersama Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah (KKLW) untuk membantu pusat komuniti yang diasaskan kementerian tersebut iaitu Medan Info Desa (MID) yang terletak di seluruh negara.
Baru-baru ini, telah diadakan satu sesi perbincangan kerjasama antara ITU-UUM, KKLW, KEDA dan Kelab i-Permata di Pejabat ITU-UUM. Antara mereka yang hadir ke sesi perbincangan tersebut ialah En. Mohd Rasdi bin Ag. Lah, Setiausaha Bahagian dari Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Info Desa, KKLW, Pn. Zurilaili Ishak dari Kelab i-Permata dan En. Abdul Rahman bin Abdul Khalid dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Beberapa perkara telah dipersetujui semasa sesi perbincangan tersebut iaitu:
1. ITU-UUM akan melakukan ‘pilot project’ di 3 MID terpilih dengan kerjasama i-Permata dan KEDA.
2. Mempromosikan ‘Perkongsian Pengetahuan’ kepada semua pengurus MID melalui jaringan rangkaian sosial
3. Menjadikan MID sebagai hab ekonomi, pendidikan dan keusahawanan kepada komuniti masing-masing seperti yang dijalankan oleh dua (2) Pusat Komuniti yang diasaskan ITU-UUM.
Diharapkan usaha-usaha ini akan dapat membantu pihak kementerian melestarikan pusat komuniti yang sedia ada dan seterusnya memberikan impak yang positif kepada golongan sasaran.