Special Projects

Thursday, October 18, 2012

ITU-UUM Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik ITU di Republik Korea



18 Oktober 2012 /02 Zulhijah 1433H
============================

”UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”

(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)





Sukacita dimaklumkan bahawa pihak ITU-UUM telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik-International Telecommunication Union (ITU) ke-6 bertempat di Pusan National University, Repubik Korea. Mesyuarat ini berlangsung selama 2 hari bermula 8 Oktober dan berakhir keesokannya.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk  melihat hasil pencapaian setiap pusat kecemerlangan yang diberi mandat oleh ITU sepanjang tahun lalu dan tahun 2012. Sesi pembentangan dalam mesyuarat ini turut dihadiri Pengarah pusat kecemerlangan masing-masing yang terdiri daripada Iran, Thailand, IMPACT, Vietnam, Pakistan dan tuan rumah Korea.  Ahli Jawatankuasa Pengurusan ITU ASP CoE terdiri dari wakil Kementerian Komunikasi atau ICT Negara Iran, Cina, India,  dan Vietnam. Encik Svern dari Ibu Pejabat ITU, Pengarah ITU-D bahagian HCB, telah hadir dan memberikan laporan pencapaian rangkaian CoE ITU seluruh dunia, dan memberitahu bahawa CoE yang tidak mencapai akan diberhentikan dan kriteria untuk menjadi CoE di masa hadapan akan dikenakan.

Pihak ITU-UUM telah membuat pembentangan berkenaan aktiviti latihan dan penyelidikan yang telah dijalankan sepanjang tahun ini seterusnya membuat pelbagai cadangan projek yang akan dilaksanakan pada tahun depan. Hasil pembentangan ini telah mendapat pujian daripada Dr. Eun-Ju Kim, Regional Director, ITU Regional Office for Asia and the Pacific. Beliau melahirkan rasa bangga dengan pelbagai inisiatif sendiri yang dijalankan ITU-UUM untuk melestarikan pusat ini. Mengikut Dr Kim, beliau gembira bahawa CoE Asia Pasifik adalah yang  terbaik antara semua pusat kecermerlangan ITU di seluruh dunia.

Selain itu, pusat kecemerlangan yang bertempat di Pusan National University juga mahu menjadikan ITU-UUM sebagai tanda aras kepada pencapaian aktiviti mereka.

Selesai mesyuarat tersebut, ITU-UUM telah disampaikan berita gembira iaitu diberikan penyambungan mandat sebagai Pusat Kecemerlangan ITU untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2014. ITU-UUM dihadiri oleh Pengarah; Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik Osman, Timbalan Pengarah; Dr. Mohd Syazwan Abdullah dan Pegawai Tadbir; Muhammad Khairul Munawwar Ismail.

Pihak ITU-UUM amat berpuashati dengan mesyuarat tersebut dan akan merancang pelan-pelan strategik baru bagi melestarikan pusat ini di peringkat universiti, negara dan seterusnya antarabangsa seperti yang dihasratkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.








RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget