ITU-UUM telah dipilih untuk menjadi pembentang jemputan di Global ICT Forum on Human Capital Development di Afrika Selatan
ITU-UUM telah mendapat fellowship penuh dari International Telecommunication Union (ITU) yang berpangkalan di Geneva, Switzerland untuk menjadi pembentang dan ahli panel forum di Global ICT Forum on Human Capital Development di Afrika Selatan yang berlangsung Oktober lalu di Cape Town, Afrika Selatan.
Topik cadangan Dr. Mohd Syazwan Abdullah, Timbalan Pengarah ITU-UUM yang bertajuk “Innovation as the way forward to harness the value of e-skills in a knowledge-based economy” telah berjaya menarik minat Telecommunication Development Bureau (BDT) ITU dan seterusnya menerima fellowship penuh untuk menghadiri forum yang dianjurkan setiap 2 tahun ini. Forum ini di hadiri oleh pelbagaiagensi di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), syarikat telekomunikasi swasta, universiti dan agensi kerajaan dari seluruh dunia.
Fellowship penuh yang meliputi kos penerbangan, penginapan dan elaun harian ini menunjukkan bahawa ITU-UUM telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan dianggap peneraju dalam usaha memajukan pembangunan ICT luar bandar di Malaysia dan rantau Asia Pasifik
Dr. Mohd Syazwan Abdullah diberi kepercayaan untuk berucap dalam 3 sesi semasa forum ini seperti berikut:
· 22 Oktober – Pembentangan bertajuk "Innovation as the way forward to harness the value of e-skills in a knowledge-based economy"
· 23 Oktober – Ahli panel untuk topik perbincangan “Innovation and Creativity to Create New Job Opportunities”
· 25 Oktober – Pembentangan bertajuk “The role of the Eminent Management University (UUM), as a Rural Campus in building regional and national capacity building particularly for rural communities"
Adalah diharapkan pengiktirafan sebegini akan terus menaikkan nama ITU-UUM dan UUM di peringkat antarabangsa.