8 - 10 November 2012
Universiti Utara Malaysia
ITU-UUM Online: ITU-UUM dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat
Negeri Terengganu (UPMN) telah melaksanakan program Training of Trainers ‘ITU-UUM Bersama Komuniti: Teknologi
ICT Dalam Pendidikan’ kepada pengurus-pengurus Pusat Bestari.Comm. Bengkel yang
berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk memberikan latihan kepada
pengurus pusat komuniti dalam lapangan aplikasi Web 2.0. Seterusnya mereka akan
menjalankan latihan-latihan ini kepada penduduk sekitar tempat kerja mereka.
Sokongan padu pihak UPMN dalam bengkel ini dengan memilih satu
pertiga daripada para pengurus Bestari.Comm memeriahkan lagi kehadiran di UUM.
Selain menghadiri bengkel, mereka juga turut disajikan makan malam di Restoren
Berputar Menara Alor Setar, bermain Go-Kart di Pusat Sukan UUM dan
berjalan-jalan di Padang Besar serta Wang Kelian.
Tenaga pengajar bengkel ini ialah En. Mohd Amir Abu Seman,
Pensyarah Multimedia dari SMMTC UUM. Beliau merupakan seorang pengamal aplikasi
Web 2.0 yang konsisten dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.
Dengan memperkenalkan cara-cara menggunakan aplikasi ini, para
pengurus dapat menterjemahkan idea kreatif mereka dalam pelbagai bentuk digital
hanya menggunakan kemudahan sedia ada di internet.