ITU-UUM Bersama Pelajar-Pelajar Orang Asal
1 - 2 November 2012
Sekolah Kebangsaan Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan
ITU-UUM
Online: ITU-UUM telah mengambil inisiatif untuk memberikan pendidikan ICT
kepada para pelajar orang asal. Bengkel bertemakan ‘Menjana Kreativiti Menerusi
Kreativiti ICT’ ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuak Luar, Pengkalan Hulu
Perak. Sekolah ini dipilih berdasarkan kedudukan yang berada di luar bandar dan
mengambil kira komposisi pelajar orang asal yang sukar menerima kemudahan ICT.
Tujuan
bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menjana pemikiran yang
kreatif dalam menggunakan kemudahan ICT ini seterusnya dapat mengaplikasikannya
dalam pendidikan seharian. Bengkel ini diadakan pada 1 – 2 November 2012.
Program
dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) ini mendapat
sokongan padu daripada pihak sekolah dalam menyediakan tempat latihan dan
kemudahan pembelajaran. Selain itu, Felo ITU-UUM, Dr. Sobihatun Nur (dari
SMMTC) dan penceramah jemputan, En. Mazri Yaakob (dari STML) juga telah turun
padang dalam memberikan sumbangan komuniti mereka dalam bentuk pengajaran ICT
kepada komuniti yang disasarkan tersebut. Dr Sobihatun telah memperkenalkan
aplikasi “Digital Persuader” kepada pelajar –pelajar sebagai salah satu usaha
untuk menarik minat pelajar meneroka kegunaan ICT dalam penjagaan kesihatan.
Manakala En. Mazri memperkenalkan cara-cara menggunakan perisian animasi
ringkas bagi membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan idea kreatif mereka
dalam bentuk digital.
Pihak
ITU-UUM juga mengambil peluang ini melakukan kajian lapangan untuk
mengenalpasti keperluan komuniti ini dalam bidang ICT dan akan mencari
geran-geran serta kerjasama baru dengan pelbagai pihak.