Special Projects

Thursday, October 9, 2014

ITU-UUM Sertai Karnival Jalur Lebar 1Malaysia

ITU-UUM SERTAI KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA


ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) dengan kerjasama pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), MAXIS Bhd. dan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah dijemput untuk menyertai Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Langkawi baru-baru ini.
Penganjuran Bengkel Usahawan Online kepada para usahawan di daerah Langkawi dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti bersempena karnival tersebut dan telah berlangsung selama dua (2) hari pada 14-15 September 2014 lalu.
Salah satu objektif bengkel ini dianjurkan adalah bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran para usahawan dalam penggunaan media sosial bagi memasarkan produk perniagaan dengan menggunakan teknologi ICT terkini disamping menggalakkan usahawan bergerak aktif dalam penggunaan media sosial.
Bengkel ini telah berjaya menarik minat dan membuka minda seramai 80 usahawan di Langkawi berkaitan peluang-peluang yang perlu diterokai di dalam perniagaan atas talian pada masa kini. Penyertaan ITU-UUM dalam karnival ini secara tidak langsung memberi pengiktirafan kepada UUM dalam program merapatkan jurang digital di peringkat kebangsaan. Di samping itu, ITU-UUM juga tidak ketinggalan dalam merebut peluang dengan mencari jaringan kerjasama baru dengan agensi lain yang terlibat.
Turut hadir, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan industri telekomunikasi di negara ini dalam mempromosikan perkhidmatan jalur lebar dan peluang-peluang yang ada untuk dinikmati oleh komuniti setempat.

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget