26 FEBRUARI 2015 / 7 JAMADILAWAL 1436H
======================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: Nordiana Shafiee
Gambar oleh: Abdul Halim Husain
UUM-UNIMAS JALIN KERJASAMA BERI LATIHAN KENDALI
PUSAT INTERNET 1MALAYSIA
UUM ONLINE: 26 Februari – Bagi
memperkasakan pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di
Kedah dan Sarawak, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi tujuan
tersebut di EDC-UUM, semalam.
UUM menerusi Pusat Kecemerlangan International
Telecommunication Union (ITU-UUM) telah bekerjasama dengan Institute of Social
Informatics and Technological Innovations (ISITI-CoERI), UNIMAS dalam memberi
latihan pengurusan, pemasaran, keusahawanan dan latihan ICT yang membawa kepada
pembangunan sosio ekonomi setempat.
Majlis menandatangani MoA itu telah disempurnakan
oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Naib
Canselor UNIMAS, Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi dengan disaksikan
Bendahari UUM, Haji Amron Man dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan
Inovasi) UNIMAS, Prof. Dr. Kopli Bujang.
Naib Canselor UUM berkata, PI1M telah dilaksanakan
sejak 2013 secara berperingkat sebagai memenuhi hasrat kerajaan untuk
merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar.
Menurutnya, bagi merealisasikan seruan kerajaan
itu, UUM dan UNIMAS bekerjasama secara langsung dalam pembangunan masyarakat
luar bandar yang akan memberi impak tinggi kepada komuniti sasaran, seterusnya
pencapaian universiti dalam sumbangan kepada komuniti.
"Program Latihan PI1M ini telah dianugerahkan
kepada UNIMAS pada 2012 oleh penaja MAXIS bagi tempoh 3 tahun dengan dana
hampir RM 1juta.
"Menerusi program itu, sebanyak enam
PI1M melibatkan tiga lokasi di Yan, Kedah yang dikendalikan ITU-UUM dan
Bau di Sarawak oleh ISITI-CoERI akan menerima latihan tersebut sepanjang tempoh
berkenaan," ujar beliau.
0 comments:
Post a Comment