KOTA
SAMARAHAN, 2 Mac 2015 : Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di
antara Institute of Social Informatics and Technologies Innovation-Universiti
Malaysia Sarawak (ISITI-UNIMAS) dan Pusat Kecemerlangan International
Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (UUM) berkaitan Pusat
internet 1 Malaysia (PI1M) telah diadakan baru-baru ini.
Majlis
yang berlangsung di UUM Sintok, Kedah itu menyaksikan majlis menandatangani MoA
di antara wakil UNIMAS, Naib Canselor, Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi
dengan wakil UUM, Naib Canselor, Profesor Datuk Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak.
MoA
tersebut berkaitan dengan usaha untuk memperkasa staf PI1M seperti kerjasama
dalam penyediaan program latihan pengurusan, pemasaran, keusahawanan dan ICT
kepada pengurus dan penolong pengurus PI1M.
Sehubungan
itu, UNIMAS akan menjalankan program latihan di Sarawak manakala UUM akan
menguruskan latihan yang sama di Kedah.
PI1M
melibatkan enam pusat iaitu masing-masing tiga di Kedah iaitu di Sungai Dalam,
Bukit Besar dan Kuala Sala manakala baki adalah di Sarawak iaitu di Kampung
Skio, Kampung Bogag,Bau dan Kampung Tanjung Bowang, Singai.
Pusat
Internet 1Malaysia (PI1M) merupakan satu program Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (MCMC) bagi menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif
di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat seluruh negara.
MoA
tersebut dilihat bukan sahaja sebagai latihan kepada staf tetapi juga membuka
peluang kepada penduduk untuk menceburi bidang perniagaan dengan pemasaran
produk menerusi internet.
Profesor
Dato' Dr Mohamad Kadim berkata latihan staf PI1M adalah untuk memastikan staf
PI1M dapat menguruskan pusat internet setempat sekaligus dapat menarik komuniti
untuk terlibat sama dalam program berkenaan.
0 comments:
Post a Comment