ANJUNG TAMU ONLINE: Naib
Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad
Kadim Suaidi bersama delegasi seramai tujuh orang telah di
sambut meriah semasa lawatan ke Welcome Centre baru-baru ini.
Taklimat mengenai penubuhan dan
kepimpinan UUM telah menarik perhatian Naib Canselor UNIMAS
dan delegasi yang banyak berkongsi idea.
Dato’ Dr. Mohamad Kadim berkata “Idea
yang sangat baik untuk memberi penerangan kepada tetamu mengenai universiti
seperti latar belakang, sejarah, kejayaan dan sebagainya terutama kepada
tetamu yang pertama kali melawat UUM”. “Perhubungan Awam amat penting
bagi sesebuah universiti dan idea menyambut tetamu di Welcome
Centre UUM sangat berkesan”, tambah beliau lagi.
Naib Canselor dan delegasi yang terdiri daripada
Timbalan - Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari, Dekan - Dekan
UNIMAS memberi pendapat yang positif semasa melawat
Galeri, Bilik Mesyuarat Eksekutif, Loteng, Surau dan sekitar Welcome
Centre.
Lawatan delegasi ini diiringi oleh Pengarah
ITU-UUM, Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan
Abdullah bersama pegawai ITU dengan mengatur itinerari yang
menarik bagi meraikan delegasi UNIMAS.
Terima Kasih dirakamkan oleh Dato’ Dr.
Mohamad Kadim serta delegasi UNIMAS kepada pihak UUM di atas hospitaliti
yang diberikan.
“Jemputlah datang ke UNIMAS” kata Naib Canselor di
akhir lawatan yang bersejarah ini.
0 comments:
Post a Comment