Special Projects

Monday, October 19, 2009

Latihan ICT 1



19 Oktober 2009:

ITU-UUM telah mengadakan latihan ICT untuk kanak2 dan pelajar. Sambutan kali ini agak memberangsangkan di mana pelbagai lapisan pelajar sekolah rendah dan menengah hadir untuk belajar ilmu komputer. Purata yang datang adalah di antara Darjah 4 - Tingkatan 1. Latihan2 yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Aplikasi Microsoft Publisher 2003
2. Menaip dan memasukkan gambar dalam Microsoft Word 2003

Dari sini kami telah mengenalpasti beberapa isu yang timbul antaranya:

1. Tidak semua yang dapat menaip dengan baik
2. Ada yang biasa menggunakan komputer
3. Kebanyakan kanak2 perlukan pendidikan komputer dari asas dan dididik untuk beretika
4. Walaupun sekolah masing2 mempunyai kemudahan makmal komputer, tidak semua pelajar mendapat peluang menggunakan dengan optima.


0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget