Special Projects

Showing posts with label PKICT Oran. Show all posts
Showing posts with label PKICT Oran. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

Bengkel Anjuran ITU-UUM Berjaya Mengasah Kreativiti Pelajar Melalui Teknologi ICT

BENGKEL ANJURAN ITU-UUM BERJAYA MENGASAH KREATIVITI PELAJAR MELALUI TEKNOLOGI ICT



International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development telah menganjurkan Bengkel Aplikasi Perisian Komputer Microsoft Powerpoint 2013 pada 9 Mei 2015 lalu di Mini RTC, Kampung Bongor Kudung, Sanglang Perlis. Program ini anjuran bersama daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) DUN Sanglang, Perlis, Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM).
Program ini telah berjaya menarik seramai 35 orang pelajar berumur di antara 16 tahun hingga 18 tahun yang terdiri daripada beberapa buah sekolah di bawah DUN Sanglang, Perlis. Encik Mohd Amir Abu Seman, Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UUM dan Dr Azizi Ab Aziz, Pensyarah Universiti dari Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM dijemput menjadi tenaga pengajar dalam bengkel ini.
Bengkel itu telah berjaya menarik minat dan meningkatkan minat pelajar, mengasah kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi aplikasi komputer melalui perisian Microsoft Power Point.
Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr. Shamrie Sainin berkata, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam penggunaan ICT dalam kalangan pelajar luar bandar khususnya, selain memanfaatkan komputer riba dan tablet yang disumbangkan oleh APEC Digital Opportunity Centre (ADOC) dari Taiwan bagi menjayakan bengkel tersebut.
"Kita ingin memberi pendedahan kepada anak-anak muda di kawasan luar bandar dalam dunia teknologi yang semakin berkembang pesat supaya mereka tidak ketinggalan."
"Saya percaya melalui program sebegini, dapat memperkasakan kemahiran ICT pelajar-pelajar dalam mengaplikasi apa yang dipelajari dalam pembelajaran dan pendidikan mereka." katanya.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajah Rela Binti Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Rakyat). Program ini juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Khalid Ahmad, Setiausaha Politik Perlis; Yang Berusaha Puan Nor Shafawati binti Mohd Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis; Encik Shukri Che Mat Saad, Penyelaras KRT Parlimen Arau serta AJK KRT Dun Sanglang yang terlibat.
Yang Berhormat Hajah Rela Binti Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak ITU-UUM dan pihak KRT DUN Sanglang Perlis kerana memilih anak-anak di kawasan berkenaan bagi menganjurkan bengkel tersebut.
Menurutnya, bengkel seumpama itu dilihat memberi faedah dan kepentingan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan masa kini sebagai pelajar.
"Saya berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung dan pihak universiti," katanya.


Sekian.


Teruskan membaca!

Friday, October 3, 2014

Rural Children Benefited From Multimedia Workshop

RURAL CHILDREN BENEFITED FROM MULTIMEDIA WORKSHOP ORGANISED BY ITU-UUM


UUM ONLINEThe Universiti Utara Malaysia International Telecommunication Union (UUM-ITU) Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development Foundation organized a workshop called Multimedia Basics For Children Workshop at two locations namely the As-Syakirin Oran Mosque, Perlis and Kampung Tradisi Keriang Valley Mosque, Sintok on 13 and 20 September respectively.

The workshop held by the Digital Opportunity Centre ITU-UUM successfully attracted and nurtured the creativity of students aged between 9 and 12 years in the field of animation with the help of the Movie Maker software.  

The Digital Opportunity Centre ITU-UUM has been set up as a broadband Internet service centre to accommodate the ICT needs of the surrounding communities since 2010.  The project is part of the ITU-UUM Community Programme.  

Deputy Director of ITU-UUM, Dr. Azizi Ab Aziz said the programme aims to raise awareness with regard to the use of ICT amongst rural students in particular. The success and smooth running of the workshop was made possible when the laptops and tablets used during the workshops were contributed by Taiwan based APEC Digital Opportunity Centre (ADOC).  

"Our aim is to expose the young people in rural areas to the world of technology which is growing rapidly so as they are not left behind."  
"With the knowledge provided, they can utilize it for the purpose of education, particularly in the search for relevant information," he said.  

Meanwhile, Deputy Chairman of the As-Syakirin Oran Mosque, Abdul Rashid Said Asghar expressed his gratitude and appreciation to ITU-UUM for selecting the children in the area to participate in the workshop.  
He said the workshop would benefit the children in countless ways namely occupying their leisure time during the school holidays, thus preventing them from getting involved in unhealthy activities.  
"I hope that a programme such as this would continue as it will strengthen the relationship between the villagers and the university," he said. 



Teruskan membaca!

Sunday, April 3, 2011

Majlis Pelancaran Pusat Akses Internet Komuniti

2 April 2011

Majlis: Majlis Pelancaran Pusat Akses Internet Komuniti Masjid As-Syakirin - ITU-UUM

Tempat: Masjid As-Syakirin Oran, Mata Ayer Perlis

Perasmi: YB Tuan Hj. Khairi bin Hasan (ADUN Mata Ayer)

Anjuran: Masjid As-Syakirin dan ITU-UUM

Pelbagai aktiviti diadakan di sini sempena pembukaan Pusat Akses Internet ini. Sebagai tambahan pihak ITU-UUM juga telah melakukan penyelidikan berkenaan kesedaran ICT di kalangan penduduk dengan kerjasama pelajar2 DPP Bank Muamalat UUM.








Sekitar Majlis Pelancaran

Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget