Special Projects

Showing posts with label PI1M-NERA. Show all posts
Showing posts with label PI1M-NERA. Show all posts

Sunday, March 13, 2016

Merentas Era Teknologi Melalui Pusat Internet 1Malaysia



ANJUNG TAMU ONLINE: Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di sekitar Kedah, Putrajaya, Linggi Negeri Sembilan dan Semenyih Selangor anjuran ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT.

Inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad dilihat sebagai usaha mendekatkan diri rakyat kepada teknologi terkini melalui PI1M. Begitu juga dengan ITU-UUM yang membantu Pengurus PI1M supaya lebih terlatih untuk berhadapan dengan komuniti yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

Justeru, bagai pepatah sambil menyelam minum air, para Pengurus PI1M tidak ketinggalan untuk Discover UUM 2016  yang melawat Welcome Centre. Masing-masing melahirkan rasa puas hati dengan penerangan tentang bagaimana sejarah Sintok bermula.

“Padat dengan informasi, menarik dan sangat cantik”, kata Pengurus PI1M Presint 9, Fasa 3 Putrajaya, Sarahhaziqah Usoldin.

Beliau berkata pelbagai perkhidmatan seperti internet, fotostat, printing, laminating, binding, scanning, typing di samping kelas asas komputer, internet, dan lain-lain kelas berkaitan IT di sediakan oleh PI1M. Namun Pengurus perlu dilatih oleh universiti pengurusan terkemuka supaya tadbir urus PI1M dapat memacu dengan lebih cemerlang.

Dalam pada itu, para Pengurus PI1M tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan berdekatan dengan bougainvillea, bunga rasmi UUM yang segar merimbun.


==========================
DARIPADA:
ANJUNG TAMU
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN CANSELORI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
TEL.: 04-928 3044/3050/3051/3098
FAKS: 04-928 3095
E-MEL: welcome_centre@uum.edu.my


Teruskan membaca!

Staf PI1M Melawat UUM



Pada 27 dan 28 Februari 2016 lalu, ITU-UUM telah menganjurkan Program Pembangunan Latihan untuk siri ke-3 kepada 13 orang Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di bawah projek kerjasama antara ITU-UUM dan NERA Infocomm (M) Sdn. Bhd.

Program yang dijalankan selama dua hari ini dimulai dengan Bengkel Designing Attractive Contents yang telah disampaikan oleh Encik Jasni Ahmad, Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi. Pada hari berikutnya, diikuti dengan Program Kelestarian bertajuk Pengurusan Kewangan dalam Kelangsungan Perniagaan oleh Puan Nadirah Hj. Samsuri, Penasihat Kewangan.

Program ini dirancang di adakan di UUM adalah bersempena dengan Discover UUM 2016 di mana peserta tidak ketinggalan untuk menerokai kecantikan kampus dan berkunjung ke Anjung Tamu.

Satu sesi yang sama juga akan diadakan kepada Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Kedah, Selangor dan Putrajaya pada 12 dan 13 Mac 2016 nanti.

Sekian.

===============================
DARIPADA:
ITU-UUM ASIA PACIFIC CENTRE OF EXCELLENCE FOR RURAL ICT DEVELOPMENT
CONVENTION COMPLEX
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
TEL : +(6) 04-928 4951  FAKS : +(6) 04-928 4959
E-MAIL : itu@uum.edu.my
Website : www.itu.uum.edu.my
Teruskan membaca!

Monday, November 16, 2015

Kerjasama Pintar ITU-UUM Dengan Persatuan I-TECH UUM

Kerjasama Pintar ITU-UUM Dengan Persatuan I-TECH UUM


Program Community Services Moving towards IT Revolution yang dianjurkan oleh Persatuan I-Tech UUM dengan kerjasama ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM), Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Langkawi dan JKKK Kampung Padang Wahid, Langkawi telah berlangsung pada 6-7 November 2015 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Wahid Langkawi. Program ini merupakan bengkel latihan ICT dan program khidmat masyarakat yang terbahagi kepada dua aktiviti yang berjalan serentak iaitu Bengkel Penggunaan Asas Aplikasi Microsoft dan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan Kampung Padang Wahid, Langkawi.

Bengkel Penggunaan Asas Aplikasi Microsoft dijalankan di PI1M Langkawi dan dikendalikan oleh mahasiswa UUM dari Persatuan I-Tech UUM yang melibatkan peserta seramai 19 orang. Peserta yang terlibat terdiri daripada penduduk kampung yang berusia diantara 12 hingga 24 tahun. Bengkel itu telah berjaya menarik minat dan meningkatkan minat peserta dalam mengasah kreativiti dan pengetahuan melalui penggunaan teknologi aplikasi komputer melalui perisian Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.

Manakala aktiviti gotong-royong yang melibatkan mahasiswa UUM bersama penduduk kampung membersihkan kawasan dalam dan luar surau, dewan orang ramai dan kawasan sekitar kampung. Selain itu, mahasiswa UUM juga telah melawat beberapa buah rumah dan memberi sedikit sumbangan kepada penduduk kampung yang kurang bernasib baik.

Perasmian pembukaan program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hidayat Hamid, Tuan Penghulu Mukim Kedawang Langkawi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak UUM kerana memilih anak-anak di kawasan berkenaan bagi menganjurkan bengkel dan program gotong-royong tersebut. Menurutnya, program seumpama ini dilihat memberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan teknologi dalam kehidupan serta memberi peluang kepada mahasiswa universiti mengaplikasikan teknologi dan pengetahuan berkenaan ICT kepada penduduk dan komuniti setempat.

En Mohd Hidayat juga berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung dan pihak universiti.
Program ini juga turut dihadiri oleh Encik Shariman bin Saad, Pengerusi JKKK Kampung Padang Wahid Langkawi, Puan Nadzirah Mahmud selaku wakil dari ITU-UUM serta penduduk kampung yang berdekatan.


Diharap program kerjasama pintar ITU-UUM ini dapat diteruskan pada masa hadapan.


Teruskan membaca!

Wednesday, September 30, 2015

Latihan Kepada Staf PI1M Kedah, Putrajaya, Semenyih Dan Linggi

Latihan Kepada Staf PI1M Kedah, Putrajaya, Semenyih Dan Linggi


Pada 09 Ogos dan 12 September 2015, ITU-UUM telah berjaya melengkapkan siri kedua Bengkel Entrepreneurship Knowledge & Skills (ICT & Business Cluster Modules) bagi Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M). Latihan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M ini telah diadakan di UUM bagi Zon Utara dan di PI1M Linggi, Negeri Sembilan bagi Zon Tengah.

Penceramah bagi bengkel pada kali ini adalah Dr. Azizi Ab Aziz, Timbalan Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences UUM CAS.

Program ini merupakan kerjasama UUM dengan NERA Infocomm (M) Sdn. Bhd. yang melibatkan sejumlah empat belas (14) PI1M yang terletak di Kedah, Selangor dan Putrajaya selama dua (2) tahun bermula pada tahun 2015. Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) telah dilaksanakan pada 11 September 2015 yang lalu.

Diharap melalui bengkel ini, dapat melahirkan PI1M yang berdaya saing dan mampan melalui program latihan pembangunan yang merangkumi aspek keusahawanan melalui ICT yang membawa kepada pembangunan sosio ekonomi kepada penduduk setempat seperti yang diharapkan oleh Pengarah Urusan NERA, Dato' Ahmad Fauzan Hashim.


Teruskan membaca!

Thursday, September 17, 2015

UUM Dan NERA INFOCOM (M) SDN BHD Jalin Kerjasama Latih Staf PI1M





Teruskan membaca!

Akhbar: UUM, NERA Kerjasama Latihan Staf PI1M



KUALA LUMPUR - NERA Infocom (M) Sdn.Bhd. (NERA) sebuah syarikat pembangunan telekomunikasi, telah menjalin kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyediakan latihan kepakaran kepada petugas di 14 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata menerusi kerjasama itu, NERA akan menyalurkan dana melebih RM500,000 sebagai peruntukan kepada latihan pembangunan petugas PI1M untuk tempoh dua tahun.

Menurutnya, melalui kerjasama itu NERA akan menyalurkan dana sementara UUM menerusi Pusat Kecemerlangan International Telecommunication Union (ITU-UUM) akan memberikan latihan kepakaran kepada pengurus dan penolong pengurus di pusat internet berkenaan.

Pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) tersebut di sini hari ini, UUM diwakili oleh Prof Dr Mohamed Mustafa manakala NERA oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Fauzan Hashim.

Kerjasama ini adalah antara usaha NERA melahirkan lebih banyak usahawan digital di kawasan komuniti yang disasarkan.

Antara latihan yang akan diberikan dalam program tersebut ialah pembangunan laman sesawang, laman media sosial serta kaedah-kaedah lain berkaitan ICT daripada pensyarah UUM yang terlibat.

Pada tahun 2009, NERA telah diberi kepercayaan oleh MAXIS Berhad untuk melaksanakan projek PI1M yang ketika itu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut Ahmad Fauzan, pada permulaan projek PI1M pada tahun 2010, pihaknya hanya mengendalikan sembilan buah PI1M sahaja iaitu dua di Kedah dan tujuh di Sarawak.


"Pada tahun ini pula, lebih daripada 30 PI1M yang dikendalikan sedang dalam proses penyempurnaan operasi dan menjelang hujung tahun ini, kita jangkakan ada 82 buah pusat Internet berkenaan di seluruh Malaysia," katanya. - Bernama


Teruskan membaca!

Monday, September 14, 2015

UUM And Nera Infocom (M) Sdn Bhd Embark On A Collaborative Venture To Provide Training For PI1M Managers And Assistant Managers



UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) through its Centre of Excellence, the International Telecommunication Union (ITU-UUM) signed a Memorandum of Agreement (MoA) with NERA Infocom (M) Sdn. Bhd. (NERA) to provide training and assistance to empower the Managers and Assistant Managers of 1Malaysia Internet Centre (PI1M) in Kedah, Selangor and Putrajaya.

NERA is the Project Coordinator to provide adequate infrastructure and run the staff development programme for the PI1M, housed under the management of Maxis Berhad, while ITU-UUM is one of the centres of excellence exists in the Peninsular Malaysia to provide training and establish the ICT community centres in Kedah and Perlis as well as to organise various community programmes at both national and international levels through numerous grants obtained. 

The MoA was signed by the UUM Vice-Chancellor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak and the NERA Managing Director, Dato' Ahmad Fauzan Hashim in the presence of UUM Bursar, Amron Man and NI-SP Business Unit Manager, Hairani Hamid.

Dato' Seri Vice-Chancellor said the signing of the MoA enables UUM to provide specialised training to the PI1M Managers and Assistant Managers, while NERA channels financial funds for the implementation of the training programme in fourteen (14) PI1M centres located in Kedah, Selangor and Putrajaya for two (2) consecutive years starting this year.

"The proposed training programme will focus on various ICT scopes based on the requirements given by NERA and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM).

"Amongst the PI1M centres involved in this specialised training are Yan Kecil, Guar Cempedak, Langkawi, Pokok Sena, Jerlun, Gunung Hilir, Napoh, Kodiang in Kedah, Linggi and Semenyih in Selangor and Presint 9 Phase 10, Presint 9 Phase 3, Presint 16 and Presint 18 in Putrajaya," he said.

He added that the collaborative venture between UUM and NERA is expected to create more space for the rural community to equally enjoy the ICT facilities and technology transfer. He also expected more joint programmes with the industry could be undertaken and carried out in the future.

Meanwhile, the NERA Managing Director, Dato' Ahmad Fauzan Hashim expressed his gratitude and appreciation to UUM for its willingness to cooperate with NERA to provide training and assistance to empower the Managers and Assistant Managers of the PI1M.

"The signing of the MoA will hopefully produce more competitive and sustainable PI1M centres through a specialised training programme that covers all aspects of entrepreneurship, management and marketing via the ICT and to provide significant benefits to the socio-economic development to the locals," he said.


Also present at the signing ceremony were Acting Director of ITU-UUM, Dr. Samry @ Mohd. Shamrie Sainin; Director of UUM-KL, Dr. Ahmad Rizal Mazlan; university officials and members of NERA management.


Teruskan membaca!

Saturday, September 12, 2015

UUM dan NERA Infocom (M) Sdn Bhd Jalin Kerjasama Latih Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M



UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 11 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Kecemerlangan International Telecommunication Union (ITU-UUM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama NERA Infocom (M) Sdn. Bhd. (NERA) bagi melaksanakan program latihan untuk memperkasakan pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kedah, Selangor dan Putrajaya.

NERA merupakan Penyelaras Projek bagi menyediakan infrastruktur dan program pembangunan staf bagi PI1M di bawah pengurusan pihak Maxis Berhad sementara ITU-UUM yang telah dikenali sebagai pusat kecemerlangan di Semenanjung Malaysia berpengalaman dalam menyediakan latihan dan penubuhan pusat komuniti ICT di Kedah dan Perlis serta banyak menjalankan program komuniti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui geran-geran yang diperolehinya.

UUM diwakili oleh Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan disaksikan oleh Bendahari UUM, Amron Man manakala memeterai bagi pihak NERA ialah Pengarah Urusannya, Dato' Ahmad Fauzan Hashim dan disaksikan oleh Hairani Hamid, Pengurus Unit Perniagaan NI-SP.

Dato' Seri Naib Canselor berkata melalui pemeteraian MoA ini, UUM akan menyediakan latihan kepakaran kepada staf PI1M manakala NERA akan menyalurkan dana kewangan dalam melaksanakan program latihan berkenaan di empat belas (14) PI1M yang terletak di Kedah, Selangor dan Putrajaya selama dua (2) tahun bermula pada tahun 2015.

"Program latihan yang dicadangkan akan memberi tumpuan kepada skop ICT berasaskan kepada keperluan yang diberikan oleh NERA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"PI1M yang terlibat adalah Yan Kecil, Guar Cempedak, Langkawi, Pokok Sena, Jerlun, Gunung Hilir, Napoh, Kodiang di Kedah, Linggi dan Semenyih di Selangor dan Presint 9 Fasa 10, Presint 9 Fasa 3, Presint 16 dan Presint 18 di Putrajaya," ujarnya.

Tambah beliau lagi program kerjasama ini diharap dapat membuka ruang yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk sama-sama menikmati teknologi maklumat dengan perancangan program yang dibekalkan dan latihan dalam meningkatkan kelestarian kepada pengurusan PI1M di samping mengeratkan lagi hubungan UUM dengan pihak industri dan berharap lebih banyak lagi projek kerjasama dapat diusahakan dan dijalankan bersama di masa hadapan.

Sementara itu, Pengarah Urusan NERA, Dato' Ahmad Fauzan Hashim berkata pihaknya amat berbesar hati atas kesudian UUM untuk bekerjasama dengan NERA dalam membantu melatih kepakaran staf PI1M.

"Diharap melalui kerjasama ini, kita dapat melahirkan PI1M yang berdaya saing dan mampan melalui program latihan pembangunan yang merangkumi aspek keusahawanan melalui ICT yang membawa kepada pembangunan sosio ekonomi kepada penduduk setempat," katanya.

Turut hadir Dr. Samry @ Mohd. Shamrie Sainin yang menjalankan tugas Pengarah ITU-UUM, Pengarah UUM KL, Dr. Ahmad Rizal Mazlan, pegawai-pegawai UUM dan barisan pengurusan NERA.


Teruskan membaca!

Thursday, August 27, 2015

Sepakat Membawa Berkat PI1M Melawat Kampus UUM



ANJUNG TAMU ONLINE (25 Ogos): Cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan semangat kerja berpasukan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah mengundang 20 Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M dari seluruh Negeri Kedah untuk melawat UUM.

Senario ini persis dengan pepatah Melayu yakni “Sepakat Membawa Berkat” amat bertepatan dengan tujuan mereka yang datang dari daerah Langkawi, Yan, Guar Chempedak, Pokok Sena, Langkawi, Napoh, Jerlun, Kodiang, Gunung Hilir dan sebagainya semata-mata bagi mendapat pendedahan dan ilmu di Sintok.

Kebelakangan ini, kerja yang sepakat dijadikan role model dalam semua aspek bagi menjulang kejayaan. Oleh itu, dengan kerjasama International Telecommunication Union (ITU-UUM), bengkel Information, Communication, Technology (ICT) dianjurkan khas untuk mereka. Bahkan Welcome Centre dipilih sebagai destinasi pertama lawatan mereka untuk terapkan pengenalan awal.

“Terima Kasih memperkenalkan UUM kepada PI1M”, “Bangunan ini sangat cantik”, “Penuh dengan maklumat berkaitan UUM”, demikianlah antara maklum balas yang disampaikan kepada Welcome Centre oleh Mohd. Jasmin Sabu selaku Pengerusi PI1M, Kedah.

Seterusnya, mereka diiringi oleh Pegawai Penyelidik Sosial ITU, Nadzirah Mahmud untuk melawat Pusat Sukan, Masjid Sultan Badlishah dan lain-lain tempat yang menarik di kampus UUM.


Teruskan membaca!

Sunday, August 23, 2015

Akhbar: Bengkel Bantu Tingkat Penggunaan ICT



Teruskan membaca!

Program Pembangunan Latihan kepada Pengurusan PI1M



ITU-UUM telah bekerjasama dengan NERA Infocom (M) Sdn. Bhd. untuk menganjurkan Program Pelbangunan Latihan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Kedah, Selangor dan Putrajaya. Sejumlah empat belas (14) PI1M terlibat dalam program ini selama dua (2) tahun bermula pada 2015. Program latihan yang dicadangkan akan memberi tumpuan kepada skop ICT berasaskan kepada keperluan yang diberikan oleh Nera Infocom (M) Sdn. Bhd. dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sehubungan itu, ITU-UUM telah memulakan siri latihan yang pertama kepada staf PI1M bagi zon Putrajaya, Linggi dan Semenyih di PI1M Presint 9 Fasa 3, Putrajaya pada 1 Ogos 2015 dan 9 Ogos 2015 bagi zon Kedah di UUM. Bengkel Entrepreneurship Knowledge &Skills (ICT & Business Cluster Modules) telah dikendalikan oleh En. Mohd Sufli Yusof, Pensyarah UUM COB.

Sementara itu, pada 28 Julai 2015 2015 juga telah diadakan Bengkel Marketing Using Social Media and E-Sommerce Skills kepada Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Sungai Limau Dalam, Kuala Sala dan Bukit Besar Yan.


Hasil dapatan dari bengkel yang diadakan ini , para peserta seterusnya akan memberi latihan secara langsung kepada penduduk setempat.


Teruskan membaca!

Monday, August 17, 2015

Bengkel Keusahawanan Part 2







Teruskan membaca!

Bengkel Keusahawanan Part 1







Teruskan membaca!

Tuesday, July 14, 2015

Pengumuman Projek Komuniti dan Kajian Impak Terbaru

6 JULAI 2015 / 19 RAMADHAN 1436H
=================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Yang Berbahagia Dato’ Wira/Dato’/Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan


Sukacita dimaklumkan ITU-UUM telah berjaya memperolehi dana untuk Program Pembangunan Latihan Kepada Staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Kedah, Selangor dan Putrajaya dan Kajian Impak daripada NERA Infocomm (M) Sdn. Bhd. sejumlah RM616,000.00 selama dua (2) tahun.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Dr. Shamrie Sainin di talian 4953 atau Cik Rohani Husin di talian 4957.



Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget