Special Projects

Showing posts with label ASEAN ICT. Show all posts
Showing posts with label ASEAN ICT. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Jepun Taja ITU-UUM anjurkan 3D OSS



UUM ONLINE: Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik Dalam Pembangunan ICT Luar Bandar, International Telecommunication Union, Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) diberi penghormatan menganjurkan Bengkel Perisian Sumber Terbuka (OSS) Animasi 3D, dengan penyertaan peserta dari Thailand, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Yaman dan Malaysia melalui tajaan dana daripada kerajaan Jepun.

Bengkel anjuran bersama Sekretariat ICT ASEAN, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, serta College of Arts and Sciences, (UUM CAS) bertujuan membantu menambah pengetahuan penggunaan OSS antara pelajar universiti tahun akhir bagi meningkatkan nilai tambah, kebolehpasaran dan daya keusahawanan graduan ini.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, bengkel ini merupakan satu platform yang sangat berguna bagi pertukaran maklumat, idea dan pengalaman dalam mempromosikan penggunaan Perisian Sumber Terbuka (OSS).“Saya yakin tempoh dua minggu menjalani bengkel ini pasti telah memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada peserta dalam menggunakan perisian komputer yang menyediakan ilusi pergerakan menggunakan satu urutan imej pegun.

“UUM berharap agar ilmu yang berguna ini akan turut dimanfaatkan peserta dengan berkongsi dan menyebarluaskan pengetahuan ini di negara masing-masing, memandangkan kos perisian ini amatlah tinggi, dan kita bertuah kerana mendapat dana tajaan kerajaan Jepun,” ujarnya di Majlis Penutup Bengkel Perisian Sumber Terbuka (OSS) Animasi 3D, baru-baru ini.

Pengarah ITU-UUM, Prof Madya Dr Wan Rozaini Sheik Osman berkata, ini merupakan satu penghormatan besar kepada ITU-UUM kerana diberi peluang menganjurkan bengkel OSS Animasi 3D di kampus UUM dan mempunyai peserta dari rantau Asia Pasifik.

“Sekretariat ASEAN telah memilih cadangan projek ITU-UUM dalam menjalankan latihan Animasi 3D OSS dengan pembiayaan dari kerajaan Jepun dan ini menunjukkan kekuatan ITU-UUM dalam menganjurkan dan mengadakan latihan demi pembangunan ICT di luar bandar dan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Tambah Dr Wan Rozaini, penggunaan perisian sumber terbuka (OSS) merupakan sebahagian daripada kepentingan dunia IT di abad 21 ini dan penggunaannya telah dapat membantu mengurangkan kos pembelian perisian sama ada untuk kegunaan sendiri, pendidikan atau keperluan perniagaan.

“OSS seperti "Blender" yang mana digunakan dengan meluas dalam industri animasi merupakan satu perisian yang dicari-cari dalam industri ini.

“Kita melihat latihan animasi OSS ini telah dapat menarik minat generasi muda dan generasi yang lebih tua untuk melibatkan diri kerana dengan kemahiran ini membolehkan mereka merebut peluang perniagaan dalam industri animasi yang sentiasa berkembang pesat,” jelas beliau.

Sementara itu, peserta bengkel Animasi 3D OSS dari Kemboja, Lonh Thera, 29, berkata pelbagai pengetahuan baru berupaya meningkatkan kemahirannya setelah mengikuti bengkel ini.

“Saya seronok belajar teknologi baru dan menyertai bengkel ini memberi satu pengalaman berharga buat saya untuk dikongsikan kepada rakan sekerja di Kementerian Telekomunikasi dan Pos, Kemboja,” katanya.

Manakala seorang lagi peserta dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mohd Hisyam Hamzah, 25, menjelaskan dirinya beruntung berpeluang mengikuti bengkel yang disediakan secara percuma.

“UniMAP amat menyokong dan menggalakkan penyertaan para pelajarnya untuk mengikuti bengkel ini kerana jika hendak dibeli untuk kegunaan peribadi, harganya agak mahal.

“Saya harap program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang bagi memupuk minat generasi muda dan supaya mereka lebih mengenali perisian sumber terbuka ini,” katanya.

Sejak penubuhan sebagai pusat kecemerlangan Asia Pasifik dalam bidang Pembangunan ICT di Luar Bandar pada 2007, ITU-UUM telah memainkan peranan penting sebagai satu platform menarik pakar-pakar, pengamal- pengamal industri menerusi forum, seminar, mesyuarat dan perbincangan intelektual demi pembangunan ICT luar bandar.





Teruskan membaca!

Thursday, October 29, 2009

Mesyuarat Projek Komuniti di Vientiane




14 Oktober: Kami sekali lagi diberi kesempatan oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyertai mesyuarat ASEAN Telecommunications & Information Technology Senior Officials Meeting di Vientiane, Lao PDR. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Komunikasi dari seluruh negara ASEAN dan wakil dari Dialogue Partner.
Negara2 Dialogue Partner yang dijemput untuk menyertai projek ini adalah terdiri daripada:

a. Japan
b. Korea
c. China
d. India

Turut kelihatan adalah:

a. EU
b. ITU
c. US
dan beberapa negara lain.

Dalam mesyuarat ini kami diberi peluang untuk menjelaskan projek yang disertai kepada Dialogue Partner dan aktiviti2 yang dijalankan oleh organisasi yang kami wakili.

Wakil Korea dan Japan memberikan respons yang positif dalam projek ini dan sedia memberikan kerjasama jika diperlukan. Selain itu, negara2 ini juga memang sedang mencari inisiatif bagaimana untuk menaiktaraf kehidupan penduduk di luar bandar memandangkan banyak faktor yang mempengaruhi perubahan dunia kini.

Pada sebelah malam, kami dijemput khas ke rumah Duta Malaysia di Lao PDR iaitu Tuan Zainal Abidin Ahmad. Menariknya beliau adalah orang Kedah dan kami terus teruja untuk berbual bicara dengan lebih panjang dan berkongsi maklumat mengenai situasi semasa di Lao dan Malaysia. Kami dijamu dengan makan malam secara eksklusif dan secara peribadi ini adalah kali pertama dalam hidup saya.


Teruskan membaca!

Thursday, October 1, 2009

Mesyuarat Projek Komuniti di Jogja

Belakang sekali adalah delegasi Malaysia; dari kanan Dr. Chan (MMU), Dr. Syazwan (UUM), PM Dr. Wan (UUM), 2 wakil dari MyIPV6, 2 wakil dari Maxis dan Mr. William dari SKMM


Sedang menjamu selera bersama delegasi dari Laos(kiri) dan Myanmar (kanan)








Pada 14-18 Julai 2009, penyelidik komuniti ITU-UUM telah berangkat ke Jogja. Tujuan ini adalah untuk membentangkan kertas kerja bertajuk 'Content Development of a Sustainable Telecenter in ASEAN Countries'. Ia telah berlangsung dengan jayanya.

Laporan lanjut boleh didapati di sini:

http://itu.uum.edu.my/images/staff_development/knowledge_sharing/laporan%20jogja%20v5.pdf


Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget