Showing posts with label SKUM. Show all posts
Showing posts with label SKUM. Show all posts
Sunday, September 20, 2015
Thursday, September 17, 2015
Wednesday, August 26, 2015
Kem ICT 3.0 Bantu Tingkat Kemahiran Guna Aplikasi Terkini
International Telecommunication
Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for
Rural ICT Development telah menganjurkan program Kem ICT 3.0 pada 21-22 Ogos
2015 lalu di Myangkasa Akademi & Resort Langkawi. Program ini adalah
anjuran bersama dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Langkawi, Pusat Khidmat
ADUN Kuah dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Program
ini melibatkan seramai 50 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada lima
(5) buah sekolah iaitu SMK Kedawang, SMK Mahsuri, SMK Ayer Hangat, SMK Kelibang
dan SMK Tunku Putra.
Program yang berlangsung selama dua (2)
hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan
aplikasi perisian komputer kepada para pelajar yang terlibat. Selain itu, ia
juga dapat membuka landasan pembelajaran dan penggunaan ICT kepada para pelajar
agar mampu berfikir secara lebih kreatif, inovatif dan dapat mengaplikasikannya
semasa proses pembelajaran.
En Suwannit Chareen Chit a/l Sop Chit,
pensyarah dari Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM telah berkongsi ilmu mengenai
teknologi terkini dalam ICT sementara Dr. Husniza binti Husni,
pensyarah dari Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM mengendalikan sesi latihan
dalam mencipta interaktif e-Folio dengan cara mudah. Sesi Klik Dengan Bijak
telah dikendalikan oleh empat (4) orang pengurus PI1M dari Langkawi, Napoh,
Jerlun dan Gunung Hilir.
Perasmian penutup program ini telah
disempurnakan oleh YB. Nor Saidi Nanyan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah
Langkawi. Beliau berkata perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan
pelbagai penciptaan perisian telah membuka ruang maya yang cukup luas kepada
pelajar dalam mencari ilmu. Selain mendorong minat dan menggalakkan
pembelajaran secara akses kendiri, teknologi maklumat ini wajar dimanfaatkan
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.
"Saya berharap supaya program
sebegini dapat diteruskan lagi dalam melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran
kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan di peringkat
global" katanya.
YB. Nor Saidi Nanyan mengucapkan terima
kasih kepada pihak ITU-UUM dan pihak PI1M Langkawi serta semua yang terlibat
dalam program ini kerana telah berjaya menganjurkan program yang memberi
manfaat dan pengalaman bermakna kepada para pelajar yang terpilih. Beliau juga
mengharapkan lebih banyak penglibatan UUM melalui program sebegini dalam
membantu meningkatkan pendidikan pelajar sekolah khususnya di Langkawi.
Teruskan membaca!
Labels:
Latihan ICT,
SKUM
Tuesday, December 9, 2014
Terima kasih Kelab UNESCO UUM
Berakhir
2014, maka tugas sebagai Penasihat Kelab UNESCO UUM telah selesai. Terima kasih
kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang memberikan kesempatan ini. Penghargaan
juga diberikan kepada ITU-UUM yang amat membantu dalam melancarkan
program-program di bawah geran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM). Di
samping menjayakan program-program ini, ia juga membantu pelajar-pelajar UUM
untuk melibatkan diri dalam projek berskala kebangsaan serta mendapat peluang mendekati
golongan sasaran yang masih memerlukan pendedahan ICT.
Terima
kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.!
Teruskan membaca!
Labels:
SKUM
Tuesday, October 28, 2014
UNESCO Day Exhibiton Offers Opportunities For The Public To Get Up-Close With ITU-UUM
27 OCTOBER 2014 / 3 MUHARAM 1436H
==================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Translated by: Nur Ida Faradilla binti Aziz
UNESCO DAY EXHIBITION OFFERS OPPORTUNITIES FOR THE
PUBLIC TO GET UP-CLOSE WITH ITU-UUM
UUM ONLINE: Kuala Lumpur – The
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)
organised a two-day exhibition with the theme “Our Heritage, World Heritage” to
celebrate UNESCO Day on 18 October 2014 at Dataran Merdeka.
The International Telecommunication
Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific Centre of Excellence for
Rural ICT Development was chosen to represent the Malaysian Communications and Multimedia
Commission (MCMC) at the exhibition officiated by Deputy Prime Minister, Yang
Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, who is also the
Minister of Education Malaysia.
The two-day exhibition was organised by the
Malaysian National Commission for UNESCO (MNCU) in collaboration with the
Tourism and Culture Ministry, Malaysia. Among the other agencies involved in
this exhibition were the Ministry of Education (MOE) and the Ministry of Women,
Family and Community Development (KPWKM).
The Deputy Director of ITU-UUM, Dr. Azizi Ab Aziz
said the participation of ITU-UUM in UNESCO Day celebration indirectly
presented tremendous opportunities for the public to know more about
information and communication technology (ICT) projects developed by ITU-UUM.
"Besides that, we also provide information
concerning programmes funded by MNCU and Ministry of Communications and
Multimedia Malaysia (MCMM) since 2010 to show the involvement and long-term
commitment of ITU-UUM towards improving the productivity of human capital in
addition to ICT development in the country," he said.
During the exhibition, ITU-UUM also took the
opportunity to embark on various collaborative projects with other agencies in
order to bridge and reduce the digital divide in Malaysia.
The exhibition organised by ITU-UUM during the
UNESCO Day attracted more than 1000 visitors, including international tourists
to their booth.
Among the inventions exhibited during UNESCO Day
were one of the innovative products developed by UUM lecturer, Mr. Jasni Ahmad
from the School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) known as
e-WayCool which utilizes digital Wayang Kulit (DWK) to help students learn
Mathematics in primary school.
Teruskan membaca!
Pameran Hari UNESCO Peluang Orang Ramai Dekati ITU-UUM
27 OKTOBER 2014 / 3 MUHARAM 1436H
==================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Gambar oleh: ITU-UUM
PAMERAN HARI UNESCO PELUANG ORANG RAMAI DEKATI
ITU-UUM
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 27
Oktober - Bertemakan 'Warisan Kita, Warisan Dunia', The United Nations
Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah menganjurkan
Hari UNESCO yang berlangsung selama dua hari pada 18 Oktober lalu di Dataran
Merdeka.
Pameran tersebut turut disertai International
Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia Pacific
Centre of Excellence for Rural ICT Development yang diberi pengiktirafan
untuk mewakili Kementerian Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (KKMM).
Pameran itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana
Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang
juga Menteri Pendidikan Malaysia.
Hari UNESCO tahun ini dianjurkan olehSuruhanjaya
Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia. Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pameran ini
adalah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr. Azizi Ab Aziz
berkata, penyertaan ITU-UUM pada sambutan Hari UNESCO itu secara tidak langsung
telah membuka peluang kepada mereka untuk memberi pendedahan kepada orang ramai
mengenai projek-projek pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang
dibangunkan ITU-UUM.
"Kita menyampaikan maklumat mengenai projek
yang dijalankan ITU-UUM melibatkan kawasan luar bandar, peluang digital dan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sejak ITU-UUM ditubuhkan.
"Selain itu, kita juga memberi
pendedahan maklumat berkenaan program-program yang dibiayai oleh SKUM dan KKMM
sejak tahun 2010 sehingga kini bagi menunjukkan penglibatan dan komitmen pihak
ITU-UUM, SKUM dan KKMM dalam meningkatkan modal insan serta pembangunan ICT di
negara ini," katanya.
Beliau berkata, peluang menyertai pameran itu juga
turut diambil ITU-UUM untuk mengadakan kolaborasi dengan agensi lain bagi
memantapkan lagi fungsi dan peranannya dari aspek pemindahan teknologi, sekali
gus merapatkan jurang digital di Malaysia.
Pameran yang dianjurkan ITU-UUM telah menarik
perhatian lebih 1000 pengunjung yang datang ke pameran sempena Hari UNESCO itu
termasuk pelancong luar negara.
Turut dipamerkan adalah salah satu produk inovasi
yang telah dihasilkan oleh ahli akademik UUM, Jasni Ahmad dari Pusat Pengajian
Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC). Produk yang diberi nama e-WayCool
menerapkan elemen watak wayang kulit di dalam pembelajaran secara elektronik
bagi subjek Matematik.
Teruskan membaca!
Monday, May 12, 2014
Berita - Kem ICT 2.0 di Terengganu
12
MEI 2014, ISNIN | 12 REJAB 1435H
==============================
"UUM
: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Assalammualaikum
dan Salam Sejahtera,
KEM
ICT 2.0 DEDAHKAN TEKNOLOGI TERKINI KEPADA PELAJAR DI TERENGGANU
Dengan
kesedaran pentingnya pendidikan ICT wajar diberikan dari peringkat awal usia,
ITU-UUM mendapat kepercayaan daripada pihak Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO
Malaysia (SKUM) menerusi Geran Pembangunan Komuniti untuk melaksanakan program
pembangunan bagi memberikan pendedahan dan sekaligus mendidik pelajar sekolah
rendah dalam pendidikan asas ICT menggunakan aplikasi Web 2.0. Program Kem ICT
2.0 ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak SKUM, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Unit Pengurusan Maklumat Negeri
(UPMN) Terengganu.
Pendedahan
khusus menerusi teknologi terkini seperti aplikasi "Augmented
Reality", pembangunan video dengan menggunakan perisian sumber terbuka
(Open Source Software) dan aplikasi asas Prezi kepada 80 pelajar sekolah rendah
di kawasan negeri terpilih telah memberi dimensi baru kepada peserta yang
terlibat. Kesemua modul program telah diajar dan dipandu oleh tenaga pengajar
yang terpilih dan berpengalaman dari UUM dan Pusat Bestari.Comm.
Program
yang diadakan pada 4-5 Mei 2014 yang lalu telah melibatkan 20 buah sekolah
rendah dan 8 guru pengiring di sekitar negeri tersebut telah mendapat sambutan
yang amat menggalakkan. Hasil daripada program ini, kreativiti peserta dapat
dicungkil dan diharap dengan pendedahan awal teknologi ICT terkini dapat
membantu meningkatkan tahap pendidikan ICT di kalangan generasi muda selari
dengan arus kemodenan pada masa kini untuk ke arah gaya hidup digital.
Habis.
Teruskan membaca!
Labels:
SKUM
Wednesday, May 7, 2014
Kem ICT 2.0 di Terengganu
Kem ICT 2.0 untuk Pelajar Sekolah Rendah Negeri Terengganu
4-5 Mei 2014
Pusat Latihan ICT Negeri, Paya Keladi, Kuala Terengganu
Dengan Kerjasama Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Kebangsaan UNECSO Malaysia (SKUM)
Perasmi: En. Muhammad Tarmizi Abdul Rahman, Penolong Kanan Pengarah UPMN Terengganu
Teruskan membaca!
4-5 Mei 2014
Pusat Latihan ICT Negeri, Paya Keladi, Kuala Terengganu
Dengan Kerjasama Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Kebangsaan UNECSO Malaysia (SKUM)
Perasmi: En. Muhammad Tarmizi Abdul Rahman, Penolong Kanan Pengarah UPMN Terengganu
Teruskan membaca!
Labels:
SKUM
Thursday, March 27, 2014
Mesyuarat Pelaksanaan Program Kem ICT Terengganu
25 Mac 2014
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Mesyuarat Pelaksanaan Program Kem ICT untuk Pelajar Sekolah Rendah Terengganu
Geran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM)
Kehadiran bersama: Pengarah dan Pegawai Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN)
Teruskan membaca!
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Mesyuarat Pelaksanaan Program Kem ICT untuk Pelajar Sekolah Rendah Terengganu
Geran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM)
Kehadiran bersama: Pengarah dan Pegawai Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN)
Teruskan membaca!
Labels:
SKUM
Thursday, February 20, 2014
Akan Datang: Kem ICT di Kuala Terengganu
ITU-UUM
telah berjaya memperolehi sebuah lagi geran daripada SKUM (Suruhanjaya
Kebangsaan UNESCO Malaysia) untuk mengadakan Kem ICT di Kuala Terengganu.
Dijangka akan diadakan pada April ini.
Teruskan membaca!
Labels:
SKUM
Monday, December 23, 2013
Program Menjana Kreativiti Melalui ICT di Pasir Puteh
18-19 Disember 2013
Sweet Beach Resort, Pasir Puteh Kelantan
Dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Teruskan membaca!
Sweet Beach Resort, Pasir Puteh Kelantan
Dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Teruskan membaca!
Labels:
SKUM
Wednesday, November 20, 2013
Thursday, June 27, 2013
ITU-UUM Mendekati Orang Asli Menerusi ICT
ITU-UUM TINGKAT TAHAP PENDIDIKAN ORANG ASLI MENERUSI ICT
Sintok, 9 Julai
2013 : International
Telecommunication Union - Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) komited
mendekati pelajar orang asli melalui program latihan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
di empat buah sekolah di Johor, baru-baru ini.
Program yang dibiayai
geran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia ini bertujuan memberi pendedahan teknologi
ICT dalam membantu perkembangan pendidikan pelajar orang asli selain memberi peluang
kepada mereka agar tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi kreatif
menggunakan ICT.
Sekolah yang terlibat
termasuklah Sek. Keb. Labong; Sek. Keb. Tanah Abang; Sek. Keb. Sayong Pinang
dan Sek. Keb. Kg Layau dengan penglibatan daripada 83 pelajar orang asli tahap
dua.
Pengarah Projek,
Muhammad Khairul Munawwar Ismail, 30, berkata, ITU-UUM telah menyediakan modul-modul
kreatif yang telah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa.
“Awal kelas dimulakan
dengan pengenalan komputer riba dan komputer tablet. Pelajar juga turut diberi
pendedahan penggunaan aplikasi Microsoft Word 2010 melalui latihan yang
diadakan dalam kumpulan kecil.
“Selain itu juga, kita
turut memperkenalkan aplikasi baharu iaitu BacaMax yang digunakan atas platform
android. Aplikasi ini dibangunkan oleh School
of Multimedia, Technology Media and Communication (SMMTC), UUM, ujarnya.
Tambah beliau, pelajar
orang asli amat tertarik dengan teknologi Augmented
Reality yang dipraktikkan oleh mereka kerana mereka berpeluang merakam
video mereka sendiri semasa menggunakan teknologi tersebut.
Selain itu, mereka
juga turut dilatih menggunakan aplikasi Microsoft
PowerPoint asas dengan memasukkan elemen multimedia ke dalam persembahan.
Program kali keempat
yang dijalankan oleh ITU-UUM ini telah mendapat kerjasama yang erat daripada
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Selatan dan Multimedia Development
Corporation (MDeC).
SKMM turut mengambil
bahagian dalam program ini melalui sesi ceramah “Klik Dengan Bijak” (KDB) yang
kini bergerak aktif seluruh negara dalam menyampaikan kesedaran mengenai
kebaikan dan keburukan menggunakan kemudahan internet.
Sementara itu, wakil JAKOA,
Hazlina Abd Gepar berkata, pihaknya menunjukkan minat yang mendalam dalam
program seperti ini dan mencadangkan agar diadakan dengan lebih kerap terutama
bagi sekolah-sekolah lain sekitar Johor yang memerlukan penembusan ICT
seterusnya menggalakkan lagi minat pelajar orang asli ini dengan memaksimakan
penggunaan aplikasi-aplikasi ICT sedia ada.
Habis.
Teruskan membaca!
Subscribe to:
Posts (Atom)
RSS
|
Cetak!



























