Pada 12 Mei 2016 yang lalu, Kelab Kebajikan
ITU-UUM telah mengadakan aktiviti riadah kembara ke Tasik Tersembunyi
UUM. Aktiviti ini merupakan cetusan idea daripada Dr. Mohd Shamrie Sainin,
Timbalan Pengarah memangku tugas Pengarah ITU-UUM dan melibatkan semua staf
ITU-UUM. Aktiviti dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan penuh semangat
oleh semua staf.
Aktiviti ini juga bertepatan dengan tema
“DISCOVER UUM 2016” di mana Tasik Tersembunyi merupakan antara tarikan
terbaru di UUM yang perlu di kunjungi oleh semua staf. Sehubungan itu,
perjalanan ke Tasik Tersembunyi yang merupakan kali pertama buat kalangan staf
merupakan antara kenangan terindah sambil menikmati keindahan alam semulajadi
di sepanjang perjalanan. Aktiviti yang diketuai oleh Dr. Shamrie Sainin
juga memberi peluang kepada semua staf untuk saling bertukar pendapat dan
mengeratkan lagi ukhwah yang telah terjalin.
Aktiviti kembara ini tamat pada pukul 12.00 tengahari bersama lakaran
indah memori di Tasik Tersembunyi UUM.
Teruskan membaca!








