Special Projects

Showing posts with label ADOC. Show all posts
Showing posts with label ADOC. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Bengkel Digital Marketing Using Social Media for ADOC Cluster

Bengkel Digital Marketing using Social Media for ADOC Cluster
4 Disember 2014
Makmal Komputer FWB COLGIS, Universiti Utara Malaysia
Jurulatih: Coach Nooriz, ITC Smart Training & Consultancy 





Teruskan membaca!

Friday, October 31, 2014

ADOC Project Publication 2014


Penerbitan oleh ADOC mengenai program-program yang dijalankan.

Edisi kali ini turut memuatkan program yang dijalankan bersama ITU-UUM sepanjang 2013-2014.



 
 
 

Teruskan membaca!

Tuesday, October 21, 2014

ITU-UUM Menyertai Bengkel ADOC-KKLW di Ranau, Sabah

15-16 Oktober 2014
Ranau, Sabah

Sesi bersama ADOC Taiwan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).







Teruskan membaca!

Monday, August 18, 2014

Welcome Centre Terima Tetamu Taiwan

18 OGOS 2014 / 22 SYAWAL 1435H
===========================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nurul Hanis Abd Halim
Gambar oleh: Mohd Syafreen Shobre

WELCOME CENTRE TERIMA TETAMU TAIWAN


UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus dikenali bukan hanya di dalam negara malahan kecemerlangan UUM turut mendapat pengiktirafan di luar negara.

Terbaharu Welcome Centre, UUM telah menerima kunjungan daripada kumpulan sukarelawan antarabangsa dari National Taipei University of Business (NTUB) yang terdiri daripada 18 pelajar bersama dua pensyarahnya dan wakil Apec Digital Opportunity Center (ADOC), di sini, baru-baru ini.

Kunjungan tersebut sempena program ADOC International Volunteer Service Team (AIVST) 2014 anjuran ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellent for Rural ICT Development (ITU-UUM) dengan kerjasama Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Digital Opportunity Centre (ADOC) yang bertujuan meningkatkan kecekapan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan usahawan SME di bawah kluster pemprosesan makanan dan pelancongan.

Pensyarah NTUB, Hu Hsiao Chuan ketika ditemui di Welcome Centre kelihatan teruja dengan persekitaran baharu tersebut.

“Persekitaran di sini sangat cantik dengan suasananya yang tenang dan bunyi deruan air yang mengasyikkan selain keramahan masyarakat di sini, seolah-olah memberi saya tenaga untuk meneruskan lawatan ke sekitar Negeri Kedah pada hari esok (baru-baru ini),” katanya.

Pasukan sukarelawan ini juga telah dibawa melawat ke kawasan perusahaan kecil di sekitar Kedah untuk mengendalikan latihan dan aktiviti berkaitan kemahiran ICT kepada usahawan-usahawan kecil kluster pelancongan dan pemprosesan makanan di situ. Selain itu, mereka turut dibawa melancong ke Langkawi untuk menikmati keindahan pulaunya.


Teruskan membaca!

Wednesday, August 6, 2014

Sukarelawan ADOC Turun Padang, Bantu Rapatkan Jurang Digital

6 OGOS 2014 / 10 SYAWAL 1435H
============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Mohd Amir Aizat Sainon
Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie

SUKARELAWAN ADOC TURUN PADANG, BANTU RAPATKAN JURANG DIGITAL USAHAWAN KLUSTER SME


UUM ONLINE: 5 Ogos - Komited untuk membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (SME), Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui International Telecommunication Union (ITU-UUM) telah melaksanakan program meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan usahawan kluster SME dengan kerjasama Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Digital Opportunity Centre (ADOC).
Program ADOC International Volunteer Service Team (AIVST) 2014 ini melibatkan kumpulan sukarelawan antarabangsa dari National Taipei University of Business (NTUB) yang terdiri daripada 16 pelajar dan dua pensyarah serta turut disertai oleh lima pelajar UUM bermula dari 4 hingga 11 Ogos 2014.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kecekapan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan usahawan SME di bawah kluster pemprosesan makanan dan pelancongan.
Ianya dapat dicapai melalui penyediaan sokongan teknikal kepada usahawan yang terlibat, memperkuatkan kemahiran ICT untuk menyokong perniagaan atas talian dan melibatkan diri dalam meneliti pemasaran atas talian serta laman web perniagaan.
Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Syazwan Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada sukarelawan ADOC yang terlibat dengan projek untuk membantu merapatkan jurang digital usahawan SME ini.
“Kedatangan anda semua ke sini bukan sahaja dapat belajar mengenai budaya masyarakat setempat tetapi turut dapat membantu usahawan luar bandar meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT.”
“Pengalaman membantu penduduk luar bandar ini sememangnya satu pengalaman yang tidak ternilai. Terima kasih saya ucapkan atas kehadiran anda semua ke sini,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada upacara pembukaan program ADOC International Volunteer Team (AIVST) 2014, di Makmal Komputer FWB Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) pagi semalam.
Dalam majlis yang sama juga, pihak ADOC turut menyumbang 30 buah Komputer Tablet model Asus Vivo Tab RT TF600 kepada ITU-UUM bagi tujuan latihan ICT kepada usahawan-usahawan kecil serta akan digunakan dalam program komuniti lain anjuran ITU-UUM dan bukan untuk tujuan komersil. Majlis penyerahan Komputer Tablet itu disaksikan oleh wakil dari ASUS Taiwan, Yu Pei-Chi.
Sepanjang program mereka di sini Pasukan Sukarelawan ADOC ini akan dibawa melawat ke kawasan perusahaan kecil di sekitar Kedah untuk mengendalikan latihan dan aktiviti berkaitan kemahiran ICT kepada usahawan-usahawan kecil kluster pelancongan dan pemprosesan makanan di bawah projek ADOC. Selain itu mereka juga akan dibawa melancong ke Pulau Langkawi.
===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053

FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)


Teruskan membaca!

Selamat Datang Pasukan NTUB ke ITU-UUM

5 Ogos 2014


Mengalukan kedatangan pasukan National Taipei University of Business (NTUB), Taiwan ke UUM Kedah. Tujuan mereka ke sini adalah untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan program berteraskan ICT bersama usahawan-usahawan kluster SME di bawah program ADOC Mobile. Pasukan ini akan berkampung di sekitar negeri Kedah sehingga 11 Ogos 2014.








Teruskan membaca!

Thursday, June 12, 2014

BENGKEL E-COMMERCE TINGKAT KEMAHIRAN USAHAWAN PROJEK KLUSTER ADOC DALAM BIDANG ICT

12 JUN 2014 / 14 SYAABAN 1435H
============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh : Mohd Amir Aizat Sainon

Gambar oleh : Shamsaimi Ezil
BENGKEL E-COMMERCE TINGKAT KEMAHIRAN USAHAWAN PROJEK KLUSTER ADOC DALAM BIDANG ICT



UUM ONLINE: Sebagai usaha membantu usahawan kecil dan sederhana (SME) meluaskan keupayaan mereka menjalankan perniagaan dalam talian, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi International Telecommunication Union-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) telah menganjurkan bengkel E-Commerce Workshop for SME Clusters' dengan kerjasama APEC Digital Opportunity Centre (ADOC), Taiwan dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Seramai 20 peserta terdiri daripada usahawan yang terlibat dengan Projek Kluster ADOC telah menyertai bengkel tersebut membabitkan dua kluster iaitu  Kluster Pemprosesan Makanan (Food Cluster) dan Kluster Pelancongan (Tourism Kluster) di negeri Kedah dan merupakan salah satu aktiviti dalam Projek ADOC.

Projek Kluster ADOC itu diperkenalkan Chinese-Taipei ketika Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2003 yang bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk kawasan bandar dengan penduduk luar bandar agar dapat mengakses teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian.

UUM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ADOC pada 14 Mei 2013 bagi melaksanakan projek tersebut selama dua tahun di Kedah.

Pengarah ITU-UUM, Prof Madya Dr Mohd Syazwan Abdullah berkata Projek ADOC yang menggunakan konsep kluster ini sangat berjaya di Taiwan dan model tersebut telah dicontohi di banyak tempat dan ITU-UUM merupakan perintis kepada projek ini di Malaysia.

"Buat masa ini kita sedang melakukan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendapatkan penajaan program ini yang dijangka dapat melahirkan 120 usahawan kluster yang dilatih secara komprehensif dalam tempoh setahun.

Pengasas dan Pengarah Urusan CARI Internet Sdn. Bhd. (CARI) iaitu pengendali  enjin carian web cari.com.my, Liew Chew Keat dijemput menjadi pengajar dalam bengkel tersebut yang dijalankan dalam tiga sesi.

Beliau menerangkan secara umum mengenai e-commerce atau e-dagang iaitu aktiviti yang berkaitan dengan pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui internet yang merupakan sebahagian daripada pemasaran digital.

Di samping itu, beliau turut menerangkan tentang sejarah internet, World Wide Web, membantu SME mentakrifkan perniagaan mereka dalam laman web, memberi contoh laman-laman web e-dagang yang berjaya, menggunakan kaedah pemasaran dan pengiklanan berkesan melalui media sosial dan memberi testimoninya dalam pembangunan perniagaan atas talian.

Sementara itu, peserta bengkel, Norazizah Md Ali, wakil daripada Qurba Food Manufacturing Sdn Bhd yang mengusahakan syarikat membekal dan mengeluarkan produk berasaskan mee di Napoh menyifatkan bengkel tersebut sangat bermanfaat dan membuka peluang memajukan lagi perniagaannya.

"Melalui bengkel ini, kami didedahkan mengenai perniagaan atas talian seperti membuat laman web yang menyokong perniagaan atas talian dimana ianya sangat bermanfaat terutamanya dalam meluaskan lagi perniagaan saya ke pasaran yang lebih besar," ujarnya.

Dr Elizabeth Cha, Pengurus Projek daripada Sekretariat ADOC, Taipei berkata bengkel ini adalah untuk memberi maklumat mengenai mengenai asas pemasaran digital, dari segi teknikal dan bukan teknikal kepada usahawan kluster daripada Kluster Pemprosesan Makanan dan Kluster Pelancongan. Usahawan kluster akan belajar tentang melakukan e-dagang yang penting pada masa kini.

Dr Elizabeth Cha berharap bengkel ini akan menyediakan usahawan kluster untuk memasuki pasaran digital dan meningkatkan peluang mereka kepada pelanggan melalui perniagaan atas talian.

Bagi pengusaha kraftangan dalam industri penghasilan kertas buatan dan pemilik Armensa Design Studio, Abdul Rahman Sani Abdullah berkata bengkel yang dianjurkan ini sangat memberi manfaat dan maklumat yang akan digunakan terutamanya dalam pemasaran internet.

“Saya berharap program ini akan berterusan kerana idea-idea baru ini telah memberi saya lebih keberanian untuk benar-benar menggunakan e dagang untuk syarikat saya.”


===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053

FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)



Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget