Special Projects

Sunday, May 7, 2017

SMMTC-MCMC Bantu Tingkat Kemahiran Sukarelawan ICT Malaysia










SMMTC-MCMC BANTU TINGKAT KEMAHIRAN SUKARELAWAN ICT MALAYSIA

SMMTC ONLINE: Dalam menjayakan agenda transformasi negara melalui ICT, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) turut tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi penganjuran Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV).

Program yang diadakan pada 28-29 April 2017 terdiri daripada 60 orang Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) termasuk sukarelawan dari seluruh negeri Kedah yang diadakan di Hotel Grand Alora, Alor Star. SMMTC melalui penglibatan bengkel ini menampilkan beberapa pensyarah sebagai penceramah iaitu En. Nizam Saad dengan tajuk “Introduction to Videography” dan Dr. Sabrina Mohd Rashid dengan pembentangan “Social Media Marketing”. Turut sama dalam bengkel ini ialah Prof. Madya Dr. Adzrool Idzwan Ismail dengan topik “Introduction to Fotography”.


Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Ariffin Abdul Mutalib berharap kerjasama  dengan MCMC akan mengukuhkan jaringan industri terutama dalam bidang ICT dan masyarakat. Platform seperti ini akan memberi peluang  kepada pensyarah dan pelajar  SMMTC menyumbang tenaga dan kepakaran kepada penduduk negeri Kedah dan Malaysia amnya. Selain itu bengkel ini turut mempromosikan program yang ditawarkan oleh SMMTC kepada belia yang ingin melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang teknologi multimedia dan komunikasi.


Teruskan membaca!

Sunday, May 15, 2016

Kembara ITU-UUM ke Tasik Tersembunyi UUM



Pada 12 Mei 2016 yang lalu, Kelab Kebajikan  ITU-UUM telah mengadakan aktiviti riadah kembara ke Tasik Tersembunyi UUM. Aktiviti ini merupakan cetusan idea daripada Dr. Mohd Shamrie Sainin, Timbalan Pengarah memangku tugas Pengarah ITU-UUM dan melibatkan semua staf ITU-UUM.  Aktiviti dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan penuh semangat oleh semua staf.

Aktiviti ini juga bertepatan dengan  tema “DISCOVER UUM 2016”  di mana Tasik Tersembunyi merupakan antara tarikan terbaru di UUM yang perlu di kunjungi oleh semua staf. Sehubungan itu, perjalanan ke Tasik Tersembunyi yang merupakan kali pertama buat kalangan staf merupakan antara kenangan terindah sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sepanjang perjalanan.  Aktiviti yang diketuai oleh Dr. Shamrie Sainin juga  memberi peluang kepada semua staf untuk saling bertukar pendapat dan  mengeratkan lagi  ukhwah yang telah terjalin.  

Aktiviti kembara ini tamat pada pukul 12.00 tengahari bersama lakaran indah memori di Tasik Tersembunyi UUM.

Teruskan membaca!

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget