Special Projects

Sunday, May 7, 2017

SMMTC-MCMC Bantu Tingkat Kemahiran Sukarelawan ICT Malaysia










SMMTC-MCMC BANTU TINGKAT KEMAHIRAN SUKARELAWAN ICT MALAYSIA

SMMTC ONLINE: Dalam menjayakan agenda transformasi negara melalui ICT, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) turut tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi penganjuran Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV).

Program yang diadakan pada 28-29 April 2017 terdiri daripada 60 orang Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) termasuk sukarelawan dari seluruh negeri Kedah yang diadakan di Hotel Grand Alora, Alor Star. SMMTC melalui penglibatan bengkel ini menampilkan beberapa pensyarah sebagai penceramah iaitu En. Nizam Saad dengan tajuk “Introduction to Videography” dan Dr. Sabrina Mohd Rashid dengan pembentangan “Social Media Marketing”. Turut sama dalam bengkel ini ialah Prof. Madya Dr. Adzrool Idzwan Ismail dengan topik “Introduction to Fotography”.


Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Ariffin Abdul Mutalib berharap kerjasama  dengan MCMC akan mengukuhkan jaringan industri terutama dalam bidang ICT dan masyarakat. Platform seperti ini akan memberi peluang  kepada pensyarah dan pelajar  SMMTC menyumbang tenaga dan kepakaran kepada penduduk negeri Kedah dan Malaysia amnya. Selain itu bengkel ini turut mempromosikan program yang ditawarkan oleh SMMTC kepada belia yang ingin melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang teknologi multimedia dan komunikasi.

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget