skip to main |
skip to sidebar
Gambar di sekitar Karnival Usahawan dan ICT
Karnival Usahawan dan ICT di Felda Bukit Tangga telah berjalan dengan jayanya. Karnival anjuran Pusat Internet Desa dan Pusat Komuniti ITU-UUM telah mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh MSC Malaysia untuk pelbagai program yang dijalankan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Ahmad Zaini Japar (ADUN Bukit Kayu Hitam), Puan Faudziah Mohd Amin (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Jurang Digital KPKK), En Razak (Ketua Peneroka Felda Bukit Tangga), En Andi Suswandi Hj Shamsuddin (MSC Malaysia) serta ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta.
Pelbagai aktiviti yang dirancangkan, berjalan dengan lancar sekali. Tambahan pula pada waktu malamnya terdapat pertunjukan wayang pacak pada malam pertama dan pertunjukan autoshow pada malam kedua. Penduduk di sekitar hadir memberi sokongan dan tidak kurang juga menyertai aktiviti-aktiviti yang dipertandingakan.
Terdapat 25 buah khemah untuk para usahawan berniaga dan agensi-agensi kerajaan untuk membuat pameran. Antara yang hadir adalah dari RTM, SKMM, KISMEC, SMIDEC, POS Malaysia, TM Malaysia, Celcom dan lain-lain.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja-penaja karnival ini. Ditujukan khas kepada TM Malaysia, Jesin Group dan PERNEC atas sumbangan anda.
0 comments:
Post a Comment