Special Projects

Monday, January 3, 2011

Kem ICT 2010 SKUM

19-20 Disember 2010
Dewan Penginapan Pelajar TM, UUM







Kem ICT merupakan program yang pertama seumpamanya diadakan di UUM, dan telah dianjurkan oleh ITU-UUM Asia Pacific Center of Excellence melibatkan sekolah-sekolah dari negeri Perlis dan Kedah. Seramai lebih 100 peserta telah mengambil bahagian dalam kem berkenaan yang turut menerima sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM). ITU ataupun International Telecommunication Union merupakan sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertanggungjawab menguruskan isu-isu berkaitan ICT.
Antara acara yang dijalankan sepanjang Kem ICT 2010 ialah Asas Latihan Digital Story Telling, Pengenalan kepada aplikasi Office dan Internet, Asas Latihan Pembinaan Blog dan ceramah keselamatan ICT yang telah disampaikan oleh wakil CyberSecurity Malaysia. Selain aktiviti ICT, beberapa aktiviti selingan turut diadakan untuk meningkatkan semangat peserta sepanjang program berkenaan. 
Sumber: http://www.sksena.edu.my/sena-cyquest/368-kem-ict-itu-uum-2010




RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget