Special Projects

Thursday, April 19, 2012

ITU-UUM Sertai Karnival Profesor Turun Padang



17 APRIL 2012 / 25 JAMADILAWAL 1433H
============================

ITU-UUM Sertai Karnival Profesor Turun Padang

”UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA”
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)



ITU-UUM : Pada 13 hingga 15 April 2012, ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence telah berpeluang untuk menyertai Karnival Profesor Turun Padang dibawah Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Karnival tersebut merupakan program pertama seumpamanya dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara bertempat di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Karnival tersebut telah menempatkan 14 Kluster MPN gabungan daripada seluruh IPTA dan IPTS di seluruh negara dalam mendekati masyarakat setempat.

Sepanjang karnival tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti forum, demonstrasi masakan sihat, gotong-royong perdana, program kampung angkat dan lain-lain aktiviti. Karnival tersebut dianjurkan bertujuan untuk mengembeling kepakaran akademik dan professional para professor, secara kolektif, bagi tujuan membantu program pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara. Masyarakat setempat telah berpeluang untuk mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang serta mendapat suntikan semangat untuk mencapai tahap pendidikan yang lebih baik terutamanya dikalangan belia dan remaja.

Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said. Dalam ucapan perasmian, beliau melahirkan rasa syukur kerana negeri Terengganu telah dipilih untuk program tersebut dan berharap agar masyarakat setempat mengambil peluang ini untuk memperkasakan pengetahuan. Selain itu, Y.A.B Menter Besar Terengganu juga berharap program seperti itu dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa hadapan.

Melalui karnival seperti ini, ITU-UUM telah berpeluang untuk mendekati masyarakat dan menyebarkan pengetahuan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Merapatkan Jurang Digital serta mempromosikan UUM sebagai sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka di tanah air.

-Habis-

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget