Special Projects

Sunday, December 16, 2012

Projek Perintis ITU-UUM dan ADOC, Taipei



13 DISEMBER 2012 / 29 MUHARAM 1434H
===================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


Oleh : Marzura Abdul Malek
Gambar: Abdul Halim bin Husin


PROJEK PERINTIS ITU-UUM DAN ADOC, TAIPEI








UUM ONLINE:   International Telecommunication Union – Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) memeterai kerjasama dengan Asia Pacific Centre of Excellence (APEC) Digital Opportunity Center, Chinese Taipei atau ADOC, dalam satu Majlis Menandatangani Surat Pernyataan Hasrat, hari ini.


Upacara  yang bersejarah ini telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UUM, Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim, dan Pengurus Bahagian dari APEC Digital Opportunity Center, Encik Jose Cheng dan disaksikan oleh Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr Wan Rozaini bt Sheik Osman.

Dalam ucapan alu-aluannya, Prof.  Madya Dr Wan Rozaini menegaskan bahawa projek selama 2 tahun ini merupakan projek perintis di mana buat pertama kalinya, sebuah makmal komputer bergerak akan digunakan untuk melatih masyarakat setempat cara penggunaan komputer dan seterusnya memperkenalkan perniagaan secara elektronik atau e-commerce dalam melestarikan industri tempatan.

“Sebanyak 21 komputer riba akan digunakan di beberapa buah kampung di sekitar Kedah. Adalah diharapkan semoga program ini dapat mengurangkan jurang digital dalam kalangan masyarakat setempat, dan secara tidak langsung meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.”

Kerjasama ini juga mendapat sokongan penuh dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang diwakili oleh Ketua Penolong Setiausaha dari Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa, Puan Zarina Jantan.

Habis.



Berita Peristiwa TV1, 14 Disember 2012, Jam 7.30 mlm



lagi gambar

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget