Special Projects

Wednesday, February 13, 2013

ITU-UUM Meraikan Majlis Anugerah Cemerlang Bestari.Comm


13 Februari 2013/ 2 Rabiulakhir 1434H
====================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


ITU-UUM telah dijemput untuk meraikan para Executive Information Officer (EIO) dan Technical Support Officer (TSO) di Majlis Anugerah Bestari.Comm 2012 yang telah diadakan pada 4 Februari 2013 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu iaitu Tuan Haji Shahidan Bin Embok. Hadir sama di majlis ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Sdn.Bhd iaitu Tuan Haji Che Razali bin Adis, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti) ITU-UUM Dr. Azizi bin Ab. Aziz dan Ahli Jawatankuasa Bestari.Comm.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Khairul Anuar bin Abdul Rahman. Seterusnya ucapan daripada Tuan Haji Shahidan Bin Embok dan Timbalan Pengarah ITU-UUM Dr. Azizi bin Ab. Aziz. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan Anugerah Cemerlang Bestari.Comm 2012 kepada EIO dan TSO yang berjaya menguruskan Pusat Bestari.Comm masing-masing pada tahun 2012 dengan cemerlang seterusnya mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Kira-kira 90 TSO dan EIO hadir di majlis ini yang terdiri daripada pelbagai zon seluruh Terengganu. Majlis ini juga meraikan mereka yang berjaya dalam Pertandingan Persembahan  Prezi Terbaik oleh ITU-UUM November lalu.



Dalam ucapan aluan oleh Dr. Azizi, beliau menekankan peranan ITU-UUM dalam membantu komuniti di luar bandar untuk lebih peka dan celik ICT. Kerjasama dengan kerajaan Negeri Terengganu menepati dengan peranan ini di mana pelbagai inisiatif yang dibangunkan untuk rakyat telah sampai kepada golongan sasaran melalui penubuhan Pusat Bestari.Comm. Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan kepercayaan kepada ITU-UUM untuk memberikan bimbingan dan latihan kepada para TSO dan EIO mereka agar pengetahuan yang ada pada universiti ini sampai kepada masyarakat sesuai dengan penubuhan universiti sebagai agen percambahan ilmu.

ITU-UUM juga telah dimaklumkan bahawa aplikasi Prezi ini telah dibuka sebagai kursus pilihan  untuk seluruh kakitangan agensi di bawah kerajaan negeri. Ini merupakan impak yang baik kepada penjawat awam dalam menggunakan pelbagai aplikasi di internet yang boleh didapati secara percuma. Secara tidak langsung juga ini telah memberikan pengiktirafan kepada ITU-UUM yang telah mengasaskan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Web 2.0 Special Interest Group sejak tahun lepas di mana kumpulan ini memberi fokus kepada pembangunan modul aplikasi Web 2.0 seterusnya menjalankan latihan kepada komuniti luar bandar.

Kerjasama dengan kerajaan negeri ini adalah kali kedua yang mana pada tahun lalu pihak ITU-UUM telah menjalin satu usahasama yang erat dan padu dalam penganjuran Seminar Transformasi Luar Bandar Melalui ICT: Rakyat Didahulukan. Turut hadir mewakili ITU-UUM dalam majlis ini ialah Pegawai Tadbir (Hal Ehwal Komuniti), Muhammad Khairul Munawwar Ismail.

Majlis ini diakhiri dengan jamuan makan pada jam 12.30 tengahari.

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget