Special Projects

Sunday, April 28, 2013

ICT Penggerak Kemajuan Wanita

28 APRIL 2013 / 17 JAMADILAKHIR 1434H
==================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nurul Hanis Abd Halim
Gambar Oleh: Abdul Halim Husain

ICT PENGGERAK KEMAJUAN WANITA




UUM ONLINEMenyedari pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini, Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik Dalam Pembangunan ICT Luar Bandar,International Telecommunication Union Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengadakan Girls In ICT Day di Dewan Seminar, Pusat Pengajian Perkomputeran (SoC) baru-baru ini.

Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Dasar dan Khidmat Pengurusan Sektor Komunikasi (KPKK), Mohamad Akhbar Mahbat berkata penggunaan ICT adalah sangat penting dalam dunia pekerjaan hari ini selain faktor ekonomi yang menjadi asas utama dalam pembangunan negara membangun.

“Tidak dinafikan ICT adalah penggerak kemajuan wanita dengan kemudahan internet  yang memberi peluang dan kemudahan kepada mereka mempelopori bidang ICT setanding dengan golongan lelaki dalam mengaplikasikan kemudahan yang ada melalui perniagaan online walaupun beroperasi di rumah,” ujarnya ketika merasmikan program Girls ICT Day di Dewan Seminar SoC UUM.

Dalam pada itu, hasrat penganjur turut disambut baik oleh seorang penyanyi yang sedang meningkat naik hasil perkembangan ICT, Ainan Tasneem.

“ ICT banyak mengubah kehidupan saya kerana pada mulanya saya menyanyi untuk suka-suka dan tanpa pengetahuan, kawan saya memuat naik video rakaman peribadi di youtube selepas itu syarikat rakaman mula menghubungi saya untuk menjadi artis rakaman,” ujarnya semasa membuat persembahan di  Girls ICT Day.

Maizatul Jannah Shahalan,17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Johor Bahru berkata rata-rata wanita pada hari ini mempunyai tahap pendidikan yang baik dan perkembangan dunia ICT membolehkan wanita berdiri sama tinggi dengan lelaki.

“Dari kecil saya memang minat ICT jadi saya tidak akan melepaskan peluang apabila ada program melibatkan ICT di sekolah,” katanya.

Tambahnya lagi, tunjuk ajar cikgu di sekolah dan montaj kejayaan wanita dalam bidang yang mencabar ini menambah minatnya untuk mempelajari ICT.

Turut hadir wakil Asia Pasific Institute for Broadcasting Development (AIBD), Rabi K C, Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik Osman, Pegawai-pegawai daripada Unit Pengurusan Maklumat Pejabat Setiausaha Kuala Terengganu, guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru.

Sementara itu, di antara ikon lain yang berjaya menempa nama dalam bidang ICT ialah Hafizah Ahsin graduan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian, UUM yang kini memegang jawatan sebagai Senior Project Manager di Avaya.


RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget