Sambutan
GIRLS
IN ICT DAY diadakan secara serentak di seluruh dunia pada setiap hari
Khamis, minggu ke-empat (4) pada bulan April sebagai inisiatif yang disokong oleh negara-negara
ahli Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam Resolusi Mutlak 70
(Guadalajara, 2010) untuk mewujudkan persekitaran global yang memperkasa dan
menggalakkan wanita dan remaja perempuan untuk mempertimbangkan kerjaya dalam
bidang ICT yang semakin meningkat.
Di
Malaysia, penganjuran program antarabangsa ini diwakili oleh pihak ITU-UUM dan merupakan
program tahunan ITU-UUM yang hanya melibatkan pelajar-pelajar perempuan sekolah
menengah. Antara aktiviti yang
akan diadakan melalui program ini adalah sesi forum dan perbincangan, sesi temu
bual, dan kuiz melibatkan ICT.
Antara objektif program ini adalah
untuk mewujudkan kesedaran
dan memberi pendedahan tentang kepentingan bidang ICT
bagi golongan wanita dan remaja perempuan serta menggalakkan golongan wanita dan remaja perempuan bergiat
aktif dalam bidang ICT. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar
perempuan mengenai peluang kerjaya dalam bidang ICT yang boleh mereka ceburi.
Penganjuran program Girls in ICT Day pada tahun ini bertemakan ‘Expand Horizons, Change Attitudes’
akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang .
Peserta program ini adalah seramai 250 orang pelajar yang terdiri
daripada pelajar perempuan yang berumur
15 - 17 tahun dari dua buah sekolah di
Balik Pulau iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh seramai 200
orang pelajar dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau seramai 50 orang pelajar. Penglibatan pelajar-pelajar ini diharap dapat memberi impak yang positif serta berjaya menarik minat mereka untuk
menceburi bidang ICT di masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment