=========================
"UUM
: UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh
:ITU-UUM
Gambar oleh: ITU-UUM
GIRLS IN ICT DAY BERI PENDEDAHAN DUNIA ICT
UUM
ONLINE : 24 April - Bertepatan dengan sambutan Girls In ICT
Day yang disambut di seluruh dunia pada mingu ke-empat hari Khamis bulan April,
International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) Asia
Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development turut tidak ketinggalan
menganjurkan program itu bersama pelajar perempuan dari sekolah terpilih di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh, Balik Pulau di Pulau Pinang pada
24 April 2014 yang lepas.
Timbalan
Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz berkata, penganjuran program antarabangsa
itu merupakan program tahunan ITU-UUM yang hanya membabitkan pelajar-pelajar
perempuan sekolah menengah.
“Bertemakan
‘Expand Horizons, Change Attitudes’, seramai 261 pelajar daripada dua buah
sekolah di kawasan Balik Pulau terpilih menyertai program ini iaitu SMK Pondok
Upeh dan SMK Seri Balik Pulau.
“Objektif
utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan memberi pendedahan
tentang kepentingan bidang ICT kepada pelajar khususnya remaja perempuan,
selain menggalakkan mereka menceburkan diri dalam kerjaya berkaitan bidang ICT
kelak,” ujarnya.
Program
itu telah mendapat kerjasama daripada Parlimen Balik Pulau, Suruhanjaya
Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) Wilayah Utara, Malaysia Development
Corporation (MDec) dan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Cawangan Sungai Limau,
Yan, Kedah.
Dalam
program itu, pelajar-pelajar juga mendengar ceramah bertajuk ‘Augmented
Reality’ yang telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan, Pusat Teknologi
Multimedia dan Komunikasi UUM, Dr Sobihatun Nur Abdul Salam dan ceramah
mengenai ‘Kerjaya ICT & Wanita’ yang disampaikan oleh Prof Dr Zulikha
Jamaludin, Profesor di Pusat Pengajian Pengkomputeran UUM.
Selain
itu, pihak MDeC juga telah berkongsi ilmu dan pengalaman dalam penggunaan ICT
sebagai medium untuk menjana pendapatan keluarga. Malah, pihak SKMM dan PI1M
tidak ketinggalan menyampaikan ceramah dalam slot ‘Klik Dengan Bijak’ dan kuiz
ICT yang berjaya menarik minat mereka untuk mendalami bidang ICT.
Penglibatan
aktif para pelajar dalam program ini telah memberi respon yang positif melalui
komen yang diterima antaranya “ program ini telah dapat membuka minda
saya dalam menilai kebaikan dan keburukan pengunaan ICT” .
Dr
Azizi berkata, program itu juga merupakan salah satu platform yang dapat
membantu mempromosikan ITU-UUM, sekaligus membawa nama UUM dalam setiap program
yang dijalankan dan berharap pelaksanaan program Girls in ICT Day dapat memberi
pendedahan kepada para pelajar dalam memilih ICT sebagai salah satu bidang
pilihan kerjaya mereka.
===============================
DARIPADA:
UNIT
KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
TEL.:
04-928 3048/3049/3052/3061
FAKS:
04-928 3053
E-MEL:
ukkuum@uum.edu.my
0 comments:
Post a Comment