Special Projects

Wednesday, May 14, 2014

Akan Datang - Seminar Broadband For Sustainable Development



LATAR BELAKANG

Hari Telekomunikasi Sedunia telah disambut setiap tahun pada 17 Mei sejak 1969, menandakan penubuhan ITU dan penandatanganan pertama Konvensyen Telegraf Antarabangsa pada tahun 1865. Tujuan World Telecommunication and Information Society Day (WTISD) adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kemungkinan bahawa penggunaan Internet dan maklumat dan perhubungan (ICT) boleh membawa kepada masyarakat dan ekonomi, dan juga satu cara untuk merapatkan jurang digital.

Seiring dengan kemajuan dunia telekomunikasi, Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), telah meletakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai asas untuk negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi melalui pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Sasaran ini akan dicapai melalui peningkatan kadar penembusan jalur lebar ke atas segenap lapisan masyarakat. Hasrat ini mampu dicapai jika semua pihak, khususnya Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dapat menguatkan landasan bagi melaksanakan aplikasi sebenar daripada kemajuan ini.

Untuk itu, ITU-UUM dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan seminar ini. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada pelajar dan golongan sasar bahawa jalur lebar dan ICT merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara dan landasan itu perlu dipertingkatkan.

Selain itu, seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman golongan sasaran bahawa tanggungjawab dan peranan rakyat perlu seiring dengan agensi pelaksana supaya cabaran ini mampu bergerak serentak dengan langkah kerajaan.

Penganjuran seminar Broadband For Sustainable Development merupakan  salah satu program  tahunan ITU-UUM yang akan melibatkan pelajar serta kakitangan awam dan swasta yang berkait rapat dengan penggunaan jalur lebar seramai 350 orang peserta.

OBJEKTIF

Objektif Seminar Broadband For Sustainable Development adalah untuk:
  1. Memberi kesedaran dan pendedahan kepada pelajar dan golongan sasar bahawa jalur lebar dan ICT merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara dan landasan itu perlu dipertingkatkan.
  2. Meningkatkan  kefahaman golongan sasaran bahawa tanggungjawab dan peranan rakyat perlu seiring dengan agensi pelaksana supaya cabaran ini mampu bergerak serentak dengan langkah kerajaan.

CADANGAN ATURCARA
SEMINAR BROADBAND FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT
TARIKH: 3 JUN 2014
TEMPAT: KEDAH, MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget