Special Projects

Wednesday, June 18, 2014

30 STAF TEKAD KIBARKAN BENDERA UUM 30 TAHUN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

18 JUN 2014 / 20 SYAABAN 1435H
=============================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Nordiana Shafiee
Gambar oleh: Shamsaimi Ezil

30 STAF TEKAD KIBARKAN BENDERA UUM 30 TAHUN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU


UUM ONLINE: 16 Jun - Sempena ulangtahun 30 tahun Universiti Utara Malaysia (UUM), ITU-UUM Asia Pasific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) akan mengibarkan bendera 30 tahun UUM di puncak Gunung Kinabalu dalam Ekspedisi Kibarkan Bendera UUM 30 Tahun di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada 16 hingga 21 Jun ini.

Pelancaran ekspedisi itu telah  disempurnakan Pendaftar UUM, Mohamad Akhir Yusof yang mewakili Naib Canselor, Prof Dato’ Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak dengan menyerahkan bendera UUM kepada peserta ekspedisi terdiri daripada staf UUM yang diketuai Timbalan Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz.

Dalam ucapan perasmian itu, Mohamad Akhir melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah atas usaha ITU-UUM untuk mencipta sejarah dengan memahat bendera UUM di atas puncak tertinggi Malaysia itu.

"UUM bakal mencipta sejarah apabila kumpulan terdiri daripada 30 staf universiti ini menjadi pasukan pertama yang mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah.

"Saya berharap semua peserta akan berjaya melaksanakan misi ini dan saling bekerjasama terutama dari aspek keselamatan pasukan," katanya.

Sementara itu, Pengarah ITU-UUM, Prof Madya Dr Mohd Syazwan Abdullah berkata, ekspedisi itu sudah lama dirancang sejak awal tahun ini bertujuan mengabadikan bendera UUM yang ke-30 tahun di puncak Gunung Kinabalu.

Katanya, selain itu ingin membentuk semangat berpasukan dan juga keyakinan diri dalam kalangan staf UUM untuk mengharungi cabaran mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu, seterusnya memberi gambaran simbolik UUM sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang terulung di Malaysia.

"Saya berharap menerusi ekspedisi ini, semua peserta dapat menimba pengalaman baru terutama dalam semangat kerjasama berpasukan.

"Tambahan pula, semua peserta sudah menjalani latihan fizikal dan mental sebelum mereka memulakan ekspedisi ini seperti mendaki Gunung Jerai, berbasikal dan berjalan jauh yang akan membantu meningkatkan stamina mereka," ujarnya.


===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget