22 JUN 2014 / 24 SYAABAN 1435H
=============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN
TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Gambar oleh: ITU-UUM
30 STAF UUM BERJAYA KIBARKAN BENDERA UUM 30 TAHUN
DI PUNCAK GUNUNG KINABALU
UUM
ONLINE: Sabah, 19 Jun - Akhirnya impian 30 staf Universiti
Utara Malaysia (UUM) untuk mengibarkan bendera UUM 30 tahun di puncak Gunung
Kinabalu menjadi kenyataan, sekaligus melakar sejarah pertama bagi UUM.
Misi
Ekspedisi Kibarkan Bendera UUM 30 Tahun di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah
anjuran ITU-UUM Asia Pasific Centre of
Excellence for Rural ICT Development adalah sempena ulangtahun 30
tahun UUM.
Seramai
30 peserta yang terdiri daripada 11 wanita dan 19 lelaki dalam kalangan staf
akademik dan pentadbiran UUM telah menyahut cabaran untuk mendaki gunung
tertinggi di Malaysia itu bagi menjayakan misi mengibarkan bendera UUM.
Timbalan
Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz merangkap ketua ekspedisi berkata, mereka
berjaya mengibarkan bendera UUM atas usaha dan semangat berpasukan yang
ditunjukkan semua peserta ekspedisi tersebut.
"Sebelum
kami berjaya menempa kejayaan ini, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa
ditempuhi sepanjang hari pendakian dan menuruni puncak, bagaimanapun ia tidak
menjadi halangan kerana dengan adanya semangat berpasukan, komitmen yang tinggi
dan kerjasama kuat menyebabkan semua kesukaran berjaya diatasi.
"Selain
itu, perancangan teliti selama lapan bulan untuk memastikan misi ini berjaya juga
menjadi faktor kejayaan kami semua menawan Gunung Kinabalu, di samping itu
persediaan latihan stamina yang sedikit sebanyak membantu semua peserta dalam
mengharungi cabaran pendakian yang sebenar," katanya.
Pada
18 Jun, semua peserta memulakan pendakian melalui laluan Mesilau yang mana ia
merupakan laluan paling mencabar dan pendakian peringkat pertama ini melibatkan
jarak sejauh 8 kilometer (km) yang mana peserta harus menempuh pelbagai jenis
laluan seperti berbatu, tanah lembut, celah-celah pokok, tangga dan juga lereng
gunung yang mengambil masa kira-kira lapan jam.
Seterusnya,
peringkat kedua pendakian melibatkan perjalanan sejauh 2.5 km iaitu dari Laban
Rata dengan ketinggian 3,272 meter dari paras laut dan semua peserta
bermalam di Laban Rata sebelum menyambung ekspedisi puncak Gunung Kinabalu
dengan ketinggian 4095.2 meter.
Pada
19 Jun, puncak Gunung Kinabalu berjaya ditawan kira-kira jam 7 pagi selepas
pendakian bersambung semula pada jam 1.00 pagi dan semua peserta memulakan
perjalanan menuruni puncak pada jam 9 pagi dan tiba ke pintu Timpohon Gate
sejauh 8.5 km pada jam 6.00 petang.
Sementara
itu, peserta, Aznan Mohamad, staf dari Unit Keselamatan UUM yang menjadi
pendakipertama sampai ke puncak melahirkan rasa bangga dan gembira kerana misi
mereka untuk mengibarkan bendera UUM akhirnya tercapai.
"Semangat
yang jitu dan kekuatan fizikal adalah penting untuk mengatasi pelbagai halangan
semasa pendakian ini. dan saya tidak sangka sama sekali akan berjaya menempuh
perjalanan sejauh ini untuk mencipta sejarah bersama UUM," katanya.
Selain
itu, Prof. Madya Dr Chek Derashid, Pengarah Institut Penyelidikan Pengurusan
dan Perniagaan (IMBRe) dan juga peserta yang paling senior berjaya membuktikan
bahawa usia bukan penghalang utama untuk mencapai misi ini tetapi memastikan
bendera UUM dapat dikibarkan di puncak tertinggi di Malaysia adalah menjadi
pembakar semangat menawan puncak tersebut.
===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia
(Official FB)
0 comments:
Post a Comment