Special Projects

Sunday, August 23, 2015

Lawatan Rasmi TNC (P&I) ke ITU-UUM



Pada 18 Ogos 2015 yang lalu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Noor Azizi Ismail telah mengadakan lawatan rasminya ke Pejabat ITU-UUM.  Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat ringkas berkenaan fungsi dan hala tuju ITU-UUM oleh Dr. Mohd Shamrie Sainin selaku Timbalan Pengarah dan merangkap pemangku Pengarah ITU-UUM.

Lawatan rasmi tersebut telah  menyentuh beberapa strategi dan langkah penambahbaikan yang perlu di ambil oleh ITU-UUM serta perkongsian idea yang dapat memantapkan lagi ITU-UUM sebagai Centre of Excellent (CoE).  Selain itu, beberapa isu dan halangan juga turut dibincangkan serta  beberapa inisiatif yang  perlu dilaksanakan bagi memperkemaskan lagi struktur ITU-UUM dalam mencapai sasaran tahunan dan  bergerak seiring dengan pelan strategik universiti. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pegawai Pengiring, En Abdul Shakur Bin Abdullah dan semua staf ITU-UUM.

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget