Special Projects

Sunday, March 13, 2016

Merentas Era Teknologi Melalui Pusat Internet 1Malaysia



ANJUNG TAMU ONLINE: Program Pembangunan Latihan kepada Pengurus Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di sekitar Kedah, Putrajaya, Linggi Negeri Sembilan dan Semenyih Selangor anjuran ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM) adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT.

Inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad dilihat sebagai usaha mendekatkan diri rakyat kepada teknologi terkini melalui PI1M. Begitu juga dengan ITU-UUM yang membantu Pengurus PI1M supaya lebih terlatih untuk berhadapan dengan komuniti yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

Justeru, bagai pepatah sambil menyelam minum air, para Pengurus PI1M tidak ketinggalan untuk Discover UUM 2016  yang melawat Welcome Centre. Masing-masing melahirkan rasa puas hati dengan penerangan tentang bagaimana sejarah Sintok bermula.

“Padat dengan informasi, menarik dan sangat cantik”, kata Pengurus PI1M Presint 9, Fasa 3 Putrajaya, Sarahhaziqah Usoldin.

Beliau berkata pelbagai perkhidmatan seperti internet, fotostat, printing, laminating, binding, scanning, typing di samping kelas asas komputer, internet, dan lain-lain kelas berkaitan IT di sediakan oleh PI1M. Namun Pengurus perlu dilatih oleh universiti pengurusan terkemuka supaya tadbir urus PI1M dapat memacu dengan lebih cemerlang.

Dalam pada itu, para Pengurus PI1M tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan berdekatan dengan bougainvillea, bunga rasmi UUM yang segar merimbun.


==========================
DARIPADA:
ANJUNG TAMU
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN CANSELORI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
TEL.: 04-928 3044/3050/3051/3098
FAKS: 04-928 3095
E-MEL: welcome_centre@uum.edu.my

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget