Special Projects

Sunday, July 6, 2014

ITU-UUM Anjur Pertandingan Penciptaan Video Sempena WTISD 2014



LATARBELAKANG
                          
Penciptaan video kini menjadi lebih mudah dengan bantuan peralatan dan perisian komputer. Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk mencipta video sama ada yang didatangkan bersama dengan pembelian komputer atau dibeli secara berasingan. Harga perisian-perisian berkenaan pula adalah berpatutan dan mudah diperolehi. Melalui bantuan perisian yang mesra pengguna, setiap orang sama ada yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT atau pun tidak mampu mencipta videonya sendiri untuk dikongsi dengan orang lain.

Menyedari akan potensi kepada penciptaan video ini, ITU-UUM dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil  langkah untuk menganjurkan satu pertandingan mencipta video yang akan dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Melalui pertandingan ini, bakat-bakat generasi muda dapat digilap untuk menghasilkan karya digital tempatan yang mengandungi mesej-mesej berguna dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan. Video-video yang dihasilkan kemudiannya boleh dimanfaatkan dan disebarkan untuk kegunaan umum. 

Pertandingan ini akan diadakan di kalangan para pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia. Para pelajar merupakan golongan yang banyak  terdedah kepada perkembangan ICT terkini. Oleh itu mereka sudah pasti mampu menerbitkan video yang berkualiti dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan kesedaran.


OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:

  • Menghasilkan penciptaan video yang dapat memberi mesej yang berkesan melalui penerapan nilai-nilai murni, pengajaran dan pendidikan, contoh tauladan yang baik, mencintai alam semulajadi dan unsur-unsur ke arah kebaikan

  • Memberi peluang kepada generasi muda dan orang awam menggilap bakat mereka di dalam menghasilkan penciptaan video yang berkualiti, menarik dan memberi impak atau mesej yang baik kepada penonton 

  • Memperbanyakkan hasil karya kreativiti tempatan yang berkualiti dalam bidang ICT yang boleh disampaikan melalui medium elektronik untuk memberi pengajaran dan tauladan yang baik daripada semasa ke semasa

0 comments:

Post a Comment

RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget