Special Projects

Sunday, December 9, 2012

Nahla Irtiza Menamatkan Sesi Praktikum di ITU-UUM Dengan Cemerlang

6 Disember 2012
ITU-UUM

Pelajar praktikum dari Politeknik Sultanah Bahiyah, Nahla Irtiza Salehudin telah menamatkan sesi praktikumnya dengan cemerlang di ITU-UUM. Beliau telah menjalani latihan industri di sini selama 5 bulan dan telah diberikan pelbagai pendedahan dalam dan luar organisasi.

Beliau telah dipilih untuk menyertai organisasi ini berdasarkan keperluan dan minat beliau yang ingin belajar tentang pengurusan organisasi secara mendalam. Beliau yang mesra dipanggil Nahla di sini telah diberi peluang untuk menerokai pelbagai projek di peringkat universiti mahupun kebangsaan.

Beliau juga bertanggungjawab dalam penubuhan Special Interest Group: Web 2.0 Explorer di mana projek ini memberikan penumpuan khas kepada aplikasi Web 2.0 terutamanya dalam pembangunan modul dan pemberian latihan kepada komuniti.

Nahla telah diberikan pelbagai tanggungjawab di sini sebagai pelatih ICT kepada komuniti dan beliau dapat menjalankan tugas-tugas ini dengan jayanya. Selain itu, beliau juga telah dilantik sebagai sekretariat untuk pelbagai projek. Antaranya projek-projek yang melibatkan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Kuak Luar, Pengkalan Hulu Perak. 

Dalam melestarikan komuniti, Nahla juga telah diberi peluang untuk melihat kerjasama antara industri telekomunikasi dan universiti untuk pembangunan Pusat Internet 1Malaysia di Yan Kedah. Pusat ini ditubuhkan untuk mendekatkan komuniti dengan aplikasi ICT sebagai kaedah gaya hidup baru. Projek ini melibatkan Maxis Berhad, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan ITU-UUM, Universiti Utara Malaysia.

Pendekatan akademik juga telah dilalui beliau di mana lawatan sambil belajar telah diikuti ke Pusat Kecemerlangan Kementerian Pengajian Tinggi - Accounting Research Institute, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, bersama-sama delegasi ITU-UUM.

Di pejabat pula, Nahla telah diberikan tugasan untuk menerokai pelbagai perisian-perisian baru dan ternyata beliau mudah dan cepat mendalami sesuatu pengetahuan baru. Antara perisian tersebut adalah Prezi, Evernote, Microsoft Office Package, Adobe Photoshop, Dropbox, Advanced Powerpoint, Google Docs, PhotoStory, Pixlr, Blogger, VoiceThread dan pelbagai lagi. Dalam amalan 5S pula, Nahla diberikan pendedahan untuk menguruskan tempat kerja dengan baik dan tersusun dari segi fail, peralatan pejabat, hiasan dalaman dan lain-lain.

Dalam bentuk kerja lapangan pula, beliau telah diberi peluang untuk bersama program komuniti ITU-UUM ke Perak, Perlis dan sekitar Kedah. Dengan adanya pelajar praktikum seperti ini telah dapat membangunkan organisasi dengan lebih pantas dan agresif. Sesuai dengan perwatakan beliau yang rajin bekerja dan selalu bertanya selain mempunyai idea-idea yang kreatif dalam kerjaya.

Walaubagaimanapun, tempoh 5 bulan bukanlah sesuatu yang panjang. Beliau telah menamatkan sesi latihan industri ini tanggal 6 Disember 2012. Dalam majlis perpisahan tersebut beliau telah diraikan atas sumbangan dan bakti beliau sepanjang di sini.

Semoga Nahla terus bersemangat seperti di sini dan menamatkan pengajian dengan cemerlang di Politeknik Sultanah Bahiyah. InShaAllah.

Jumpa lagi..!












RSS

Bookmark and Share
 |  Cetak!
Related Posts with Thumbnails

Widget