Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Yan
Sesi Orientasi bersama pengurus-pengurus PI1M telah diadakan di Yan bertujuan untuk memberikan penerangan berkenaan pengurusan PI1M. PI1M yang terlibat adalah daripada Sg. Limau Dalam, Kuala Sala dan Bukit Besar. Pelbagai modul telah dibincangkan dalam sesi ini antaranya pembangunan sumber manusia, pengelenggaraan teknikal, pengurusan pejabat, komunikasi luar dan lain-lain.
Modul-modul ini akan membantu pengurus untuk menjadikan PI1M sebagai pusat rujukan komuniti seterusnya melestarikan penggunaan pusat tersebut secara holistik.
Kerjasama ini melibatkan kerjasama antara ITU-UUM dan ISITI-CoERI melibatkan pembangunan kandungan digital kepada pengurus PI1M.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Maxis Berhad dan Nera Sdn. Bhd sebagai pembangun infrastruktur di PI1M.