UUM
ONLINE : Sabah, 17 Jun - Bagi mempromosikan Universiti Utara Malaysia (UUM),
ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development (ITU-UUM)
mengambil inisiatif menganjurkan Program Selangkah Ke UUM di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Mat Salleh di Ranau.
Program
itu dianjurkan sempena Ekspedisi Kibarkan Bendera UUM 30 Tahun Di Puncak Gunung
Kinabalu, Sabah pada 16 hingga 21 Jun lalu.
Timbalan
Pengarah ITU-UUM, Dr Azizi Ab Aziz berkata, Selangkah Ke UUM bertujuan
memperkenalkan universiti ini sebagai sebuah universiti terkemuka di Malaysia,
seterusnya mempromosikan program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang terdapat di
UUM.
"Program
yang dijalankan selama sehari itu telah melibatkan lebih 70 pelajar dari
Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam sekolah terbabit, secara tidak langsung
memberikan motivasi kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh supaya
mereka layak menjejakkan kaki ke universiti," katanya.
Sementara
itu, Pensyarah Kanan dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) UUM CAS, Dr
Suzilah Ismail berkata, program ini memberi impak yang positif kepada
pembangunan masyarakat luar bandar serta meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai
program yang ditawarkan oleh UUM.
Beliau
turut berkongsi maklumat bersama warga sekolah berkenaan mengenai peranan
bidang sains kuantitatif dalam bidang pengurusan.
Turut
terlibat dalam Selangkah Ke UUM ini ialah Pengarah Institut Penyelidikan Pengurusan
dan Perniagaan (IMBRe), Prof Madya Dr Chek Derashid, wakil-wakil dari Pusat
Pengajian Perakaunan (SoA),Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi
(SMMTC) serta Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).
0 comments:
Post a Comment