LATAR BELAKANG
Gunung Kinabalu yang terletak
di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi
Pulau Borneo yang ketinggiannya, mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu
juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara dan gunung keempat
tertinggi di Kepulauan Melayu.
Setiap rakyat Malaysia mempunyai impian untuk menawan puncak tertinggi di
malaysia iaitu Gunung Kinabalu. Oleh yang demikian ITU-UUM mewakili UUM, mengambil
insiatif ini bagi mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu bersempena dengan
penubuhan UUM yang ke-30 tahun pada
tahun 2014.
ITU-UUM
ingin mengambil peluang ini dengan mencipta sejarah untuk memahat bendera UUM
yang ke 30 tahun di atas puncak tertinggi Malaysia itu.
OBJEKTIF
- Mengabadikan bendera UUM yang ke 30 tahun di Puncak Gunung Kinabalu
- Membentuk semangat berpasukan dan juga keyakinan diri di kalangan staf UUM dalam mengharungi cabaran mendaki Gunung Kinabalu.
- Memberi gambaran simbolik UUM sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang terulung di Malaysia khususnya, dan di peringkat antarabangsa amnya.
- Memberi peluang kepada staf UUM menimba pengalaman dalam mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.
0 comments:
Post a Comment